Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 December, 2010

RELA Lubok Antu anjur 3 aktiviti 17 - 19 Dis

SRI AMAN, Rabu (15 Dis) – Ketumbukkan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Daerah Lubok Antu akan mengadakan tiga aktiviti berbeza bermula 17 hingga 19 Disember ini di kawasan Skim Skrang, Engkilili kelak.

Pegawai RELA Daerah Lubok Antu, Leftenan Kolonel Silon anak Janda ketika dihubungi memberitahu tiga buah aktiviti terbabit adalah Pertandingan Karaoke Tertutup RELA Lubok Antu, Pertandingan Futsal RELA Lubok Antu dan Majlis Merarau RELA Lubok Antu.

Aktiviti pertama pada 17 Disember ini katanya iaitu Pertandingan Karaoke Tertutup RELA Lubok Antu bakal membabitkan penyertaan seramai 15 orang peserta yang bermula pada jam 6.30 petang di Balai Raya Skim Skrang.

“13 daripada 15 orang peserta sudah mengesahkan penyertaan dalam pertandingan ini. Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200 beserta sijil dan piala manakala pemenang tempat kedua dan ketiga akan membawa pulang hadiah bernilai RM150 serta RM100 bersama sijil penyertaan untuk setiap seorang,” katanya.

Manakala itu aktiviti kedua kata Silon ialah Pertandingan Futsal RELA Lubok Antu yang bakal membabitkan penyertaan sejumlah 16 buah pasukan di Gelanggang Futsal 1Malaysia di Skim Skrang pada 18 Disember ini.

Pasukan juara bagi pertandinganini katanya akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM300 beserta piala dan pingat. Pasukan naib juara dan pemenang tempat ke-3 bakal membawa pulang hadiah bernilai RM200 dan RM100 beserta dengan pingat.

“Pasukan yang menduduki kedudukan juara hingga tempat ke-3 ini juga bakal diberi hadiah meja tempahan secara percuma untuk tujuan Majlis Merarau RELA Daerah Lubok Antu pada 19 Disember.

“Majlis Merarau RELA Daerah Lubok Antu ini akan dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah anak Embas bertempat di Balai Raya Skim Skrang,” katanya.

Tamat.

1 comment: