Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 December, 2010

Peka diri terhadap perkembangan semasa - Jack Aman


ENGKILILI, Isnin (13 Dis)– Rakyat kawasan Lubok Antu termasuk di Engkilili harus mengetahui segala maklumat atau perkembangan semasa yang berlaku di kawasan masing-masing selepas ini.

Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman Luat memberitahu rakyat termasuk kakitangan Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) perlu mempunyai akses yang lebih kerap dengan media massa untuk mengelakkan mereka tidak ketinggalan dari masa ke semasa.

“Rakyat misalannya boleh menjadikan internet sebagai sumber bahan ilmu atau berita yang utama jika mereka tidak mahu bergantung kepada media cetak untuk tujuan berkenaan.

“Dengan berbuat demikian rakyat termasuk kakitangan MDLA tidak akan mudah ketinggalan. Mereka akan mudah menghadapi rintangan disamping menyelesaikan masalah selepas ini,” katanya.

Jack berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam 2010 anjuran Kelab Rekreasi dan Kebajikan MDLA yang berlangsung di Dewan Masyarakat Engkilili baru-baru ini.

Selain itu beliau juga turut melahirkan rasa puashatinya terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan MDLA terhadap rakyat dalam kawasan daerah kecil Engkilili dan daerah Lubok Antu selama ini.

“Justeru saya berharap agar kakitangan MDLA dapat meneruskan kualiti perkhidmatan seperti ini demi kebaikan pembangunan rakyat di kawasan Engkilili dan Lubok Antu dari masa ke semasa,” katanya.

Majlis itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa. Hadir sama ialah Setiausaha MDLA, Lolita Jaime Nicholas dan ketua kaum di sini.

Tamat….

No comments:

Post a Comment