Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 December, 2010

Pejoi dari Spaoh claim miliki batu mempunyai kalimah Allah



Caption: UNIK...Pejoi ketika menunjukkan batu yang tertera Allah. Gambar kecil pula menunjukkan kalimah Allah yang tertera di sisi batu berkenaan.

SPAOH, Isnin (20 Dis) – "SIMPANG - NPC" yang terkenal dengan keenakan rasa air kopi dan telatah lucu pemilik warung kopi "Ngah Pet" atau pun lebih dikenali oleh masyarakat Kampung Spaoh sebagai "Simpang Ngah Pet Corner" gempar dengan penemuan batu yang tertera nama kalimah ALLAH hari ini.

Dipercayai batu tersebut dijumpai oleh seorang pemuda yang hanya dikenai nama Pejoi oleh masyarakat Kampung Spaoh, Betong.


Sebelum penemuan batu ini sumber memberitahu bahawa Pejoi dipercayai bermimpi telah diberikan sesuatu benda yang amat berharga oleh seorang individu yang tidak dikenali.

Pada keesokan harinya ketika menghadiri sesi kursus di sebuah Pusat Kegiatan Guru (PKG) dalam bahagian Betong, beliau telah menjumpai batu tersebut di luar pusat bangunan berkenaan.

Beliau dikatakan pada awalnya tidak menyedari keunikan batu berkenaan memandangkan batu tersebut kerana hanya bertompok hitam menyamai bentuk kepala ular.

Setelah ditelitinya dengan lebih mendalam, Pejoi kemudiannya melahirkan rasa terkejut dan hairan apabila mendapati bahawa batu ganjil terbabit tertera dengan jelas kalimah ALLAH.

“Namun beliau tidak mensyaki apa-apa berhubung batu itu. Beliau menganggap ia hanya satu kebetulan dan meminta masyarakat kampung Spaoh agar tidak beranggapan yang bukan-bukan mengenai penemuan batu terbabit selepas ini,” katanya.

Kini batu tersebut masih dalam simpanan beliau dan menjadi koleksi peribadi berupa batu cincin terbaru milik Pejoi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment