Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 December, 2010

Pasukan Futsal parlimen P.201 Batang Lupar sedia galas cabaran



Caption: YAKIN BOLEH! Syennier (kanan) menyampaikan bendera Sarawak kepada Speri (kiri) sambil disaksikan oleh Zaidil (dua kiri) dan Ishrak (tengah belakang) sebaik sahaja selesai tamat sesi taklimat tersebut.

- 10 Disember

Pasukan Futsal 1Belia 1Malaysia Parlimen P.201 Batang Lupar kini sedia mengalas cabaran ke Kejohanan Futsal Peringkat Kebangsaan yang bakal berlangsung di Kompleks Futsal Precint 18, Putrajaya, Kuala Lumpur bermula 15 hingga 20 Disember ini.

Pemain pasukan lelaki yang bakal mengalas cabaran ke Kejohanan Futsal Peringkat Kebangsaan 2010 ini terdiri daripada Wan Saberi Wan Saberi, Awang Zaharuddin Awang Ahmad, Jameri Brahim, Abang Mohd Zaini Abang Sharif, Awang Saifullah Awang Yaman, Tuanku Mazuan Wan Sarbini, Hairil Jaafar dan Nik Yunus Illah-Hi.

Manakala itu pasukan wanitanya pula terdiri daripada Dayang Ida Nerina Abang Norin, Hamnie Sidek, Nuriah Muntiol, Lily Suryati Abdullah, Fatimah Suhaili, Chiu Geok Eng, Dayang Ratnashela Awang Mahmud, Julliet Stephen Enggol dan Salina Mohammad.

Ketua kontinjen iaitu Mohd Speri Haji Abdul Karim bersama pegawai pengiring pasukan, Zaidil Haji Ripin dan Amridzul Osman bersama kedua-dua pasukan berkenaan akan berangkat ke Putrajaya, Kuala Lumpur pada 15 Disember ini bersempena dengan kejohanan berkenaan.

Terdahulu kesemua pemain telah diberi taklimat oleh Penolong Pegawai Belia dan Sukan Sri Aman, Mohd Ishrak Ismail dan Ketua Kontinjennya iaitu Mohd Speri yang berlangsung di Bilik Persidangan Pejabat Belia dan Sukan Sri Aman pada jam 2.30 petang hari ini.

Kesemua pemain menerusi taklimat berkenaan telah diberi penerangan mengenai hal disiplin, penginapan pemain, pengangkutan, kos pengurusan pasukan dan sebagainya sebelum sesi penyerahan bendera dilakukan selepas itu.

Hadir sama pada sesi taklimat pasukan futsal P.201 Batang Lupar ini ialah Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman, Syennier Jean Serit dan kakitangannya, Mark Leeroy Anthony.

Pasukan lelaki dan wanita Futsal 1Belia 1Malaysia Batang Lupar telah menjalani latihan intensif di Kompleks Sukan Sri Aman bermula 13, 14, 20, 21, 27 dan 28 November sebelum latihan terakhir dilakukan pada 11 hingga 12 Disember ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment