Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 December, 2010

Ketua kaum penghubung kerajaan dan rakyat


FOKUS...Para ketua kaum yang terdiri daripada Temenggong, Pemanca, Penghulu, Kanselor dan Tuai Rumah @ Ketua Kampung di Bahagian Sri Aman kelihatan sedang memberi fokus ketika berlangsungnya Majlis Perasmian Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat Negeri Sarawak 2010 (Bahagian Sri Aman) di Dewan Suarah Sri Aman kelmarin. Seminar anjuran Jabatan Ketua Menteri dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang (AZAM) ini membabitkan penyertaan seramai 498 orang ketua kaum di Sri Aman. Seminar yang berlangsung dari 16 hingga 17 Disember ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang selaku mewakili Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. - 17 Dis

No comments:

Post a Comment