Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 December, 2010

JKM Betong siap sedia hadapi bencana


Caption: TUNAI TANGGUNGJAWAB...Anthony sedang menyampaikan sijil kepada seorang penerima ketika berlangsungnya majlis berkenaan.

Saleman Senin

BETONG, Jumaat (3 Dis) - Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong (JKM) bersedia untuk menambah keanggotaan Ahli Briged Kebajikan Perdana (BKP) sebagai langkah awal menghadapi bencana selepas ini.

Wakil JKM Bahagian Betong, Shamat bin Kassim berkata demikian ketika berucap pada Taklimat Pengurusan Bencana Kepada Ketua Masyarakat dan BKP di Dewan Layar, Pejabat Daerah Betong baru-baru ini.

“Kita sedia menambah jumlah keanggotaan BKP selaku badan sukarela yang berperanan penting dalam membantu JKM bagi mengendalikan sebarang bantuan kepada penduduk ketika bencana menimpa kawasan mereka pada bila-bila masa.

“Dengan adanya penambahan jumlah keanggotaan BKP saya yakin JKM akan mampu memainkan peranan dengan lebih berkesan menguruskan mangsa bencana alam selepas ini,” katanya.

Sementara itu Timbalan Residen Betong, Dr Valentine Anthony Laiseh ketika berucap menutup program itu memberitahu BKP bagi menggemblengkan tenaga semua pihak di peringkat akar umbi dalam menangani pelbagai isu yang berkaitan dengan kebajikan hidup penduduk.

“Penubuhan BKP ini akan mempertingkatkan lagi jaringan kerja antara sektor kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), korporat dan orang perseorangan selaras dengan konsep Kebajikan Tanggungjawab Bersama.

“Justeru menerusi BKP, semua program dan aktiviti di peringkat akar umbi mampu digerakkan secara bersepadu bagi menangani bencana disamping bersiap sedia dengan apa jua musibah yang membabitkan kebajikan penduduk mulai sekarang,” katanya.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Betong, Friday Belik. Taklimat tersebut telah dihadiri seramai 43 peserta yang terdiri daripada ahli BKP, wakil jabatan serta ketua kaum di Betong.

Tamat.

No comments:

Post a Comment