Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

29 December, 2010

Jangan belakangkan peranan JTS berhubung perkara NCR


Caption: SUDAH TERIMA...Wahab (duduk tengah) ketika merakamkan gambar kenangan bersama tetamu jemputan khas dan penerima pampasan pada majlis itu.

Abang Hipnie,

JTS Betong

SRI AMAN, Rabu (29 Dis) - Ketua kaum di Saratok dinasihat supaya tidak membelakangkan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) dalam segala hal yang berkaitan dengan pengiktirafan status tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, Haji Abdul Wahab bin Aziz berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Cek Pampasan Tanah di Saratok menerusi siaran berita yang dihantar kepada mail penulis oleh JTS Betong kelmarin.

Katanya kerja pengiktirafan status tanah NCR oleh ketua kaum perlu membabitkan pihak JTS agar kerja terbabit dapat melalui proses undang-undang yang sah oleh kerajaan selepas itu.

“Lagipun saya juga ingin menasihatkan penduduk agar tidak menerima fahaman kotor daripada pihak pakatan pembangkang yang mendakwa bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) merampas tanah mereka sebelum ini.

“Setiap tanah milik penduduk yang kerajaan guna bagi tujuan pembangunan sentiasa dibayar dalam bentuk pampasan. Justeru dakwaan pihak terbabit perlu ditolak lebih-lebih lagi ketika menjelang pilihan raya negeri ini nanti,” katanya.

Terdahulu Wahab telah menyempurnakan upacara penyampaian pampasan yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM559,698.40 kepada 151 orang penerima bagi lima buah projek di Kabong pada majlis berkenaan.

Hadir sama pada majlis itu ialah wakil Penguasa Tanah dan Survei, Barau anak Gelayan, Pegawai Daerah Saratok, Julaihi bin Kadir, para ketua jabatan, ketua kaum dan penerima pampasan di sini.

Tamat

No comments:

Post a Comment