Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 June, 2009

Erat hubungan sesama ahli parti - Sikie


Caption: GAYU GURU.....John Sikie (tiga kanan) dan Masir (tga kiri) bersama ahli-ahli PRS minum air tuak sebagai tanda berakhir majlis Giling Bidai dalam majlis itu. (Pix Sikei)

original version by Edwin Raoh

SRI AMAN, Rabu (17 JUn) - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus, John Sikie Tayai menyeru kepada semua ahli Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Simanggang agar mempertingkatkan lagi hubungan kerjasama dengan ahli parti Barisan Nasional yang lain demi membolehkan proses pembangunan di negeri ini berjalan dengan lancar.

Katanya, ahli parti PRS Simanggang perlu mempertingkatkan lagi hubungan kerjasama yang lebih erat terhadap para ahli parti Barisan Nasional (BN) yang lain memandangkan proses pembangunan dalam negeri ini sama-sama diterajui oleh kesemua parti komponen BN Sarawak yang sedia ada.

“Proses pembangunan ekonomi dan sosial di negeri ini telah diterajui oleh empat buah komponen parti BN Sarawak dan ianya termasuk PRS, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Progresif Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP) dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)

“Maka kita haruslah sedar bahawa aspek kerjasama ini tidak hanya terhad dikalangan ahli PRS malah perlu juga dijalinkan bersama dengan kesemua ahli daripada parti komponen BN yang lain demi memastikan proses pembangunan di negeri kita ini berjalan dengan lancar,” katanya.

Sikie berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Gawai Ngiling Tikai 2009 anjuran PRS Bahagian Simanggang mewakili Presiden PRS Dato Sri James Jemut Masing di Dewan Suarah, disini malam Sabtu lalu.

Selain itu katanya, hubungan kerjasama erat yang terbentuk dikalangan kesemua ahli komponen parti BN dalam daerah ini juga secara tidak langsung mampu mempertingkatkan lagi hubungan perpaduan di antara semua kaum terutama sekali dikalangan kaum Melayu, Cina dan Dayak.

Malah kata beliau, hubungan perpaduan yang lahir hasil daripada kerjasama erat dikalangan para anggota komponen parti BN ini sekaligus mampu menyumbang ke arah kestabilan politik dan seterusnya menjadi pengerak utama dalam kelancaran proses pembangunan di setiap pelusuk wilayah dalam negeri ini.

“Kestabilan politik muncul hasil daripada hubungan kerjasama dan perpaduan yang terbentuk dikalangan penduduk dan para ahli komponen BN berbilang di negeri ini terutamanya kaum Melayu, Cina dan Dayak.

“Kesemua para ahli PRS di daerah ini haruslah menitikberatkan hubungan kerjasama dan perpaduan dikalangan para anggota parti komponen BN yang lain memandangkan ianya keadaan politik yang stabil mampu melancarkan lagi proses pembangunan di negeri ini,” katanya.

Justeru, Sikie berharap agar ahli parti PRS di dalam daerah ini mempertingkatkan lagi hubungan kerjasama dan perpaduan dikalangan ahli parti komponen BN yang lain termasuk PBB, SPDP dan SUPP demi membolehkan proses pembangunan di negeri ini berjalan dengan lancar.

Hadir sama dalam majlis ini Ahli Parlimen Sri Aman selaku pengerusi penganjur majlis iaitu Masir Kujat, para ketua kaum dan penduduk tempatan di sekitar daerah in

Tamat...


No comments:

Post a Comment