Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 December, 2011

The Vision juara Pertandingan Rentak JUara 2011


Caption: BERJAYA! Kumpulan The Vision yang dianggotai oleh (dari kiri ke kanan) Sani, Mason, Mazland dan Subry muncul juara Pertandingan Rentak Juara 2011 yang berlangsung di sini malam tadi.
 
SRI AMAN, Ahad (18 Dis) – Lagu berjudul Musibah yang pernah dipopularkan oleh Kumpulan Sweet Charity nyata memberi tuah kepada kumpulan The Vision apabila mereka muncul juara Pertandingan Rentak Juara 2011 di Mini Stadium Sri Aman malam tadi.

Kumpulan The Vision yang disertai oleh Sani (drum), Mason (gitar bass), Mazland (vocal) dan Subry (gitar) telah membuktikan keunggulan mereka apabila mengenepikan saingan daripada empat buah kumpulan yang turut berentap dalam pertandingan tersebut.

Dengan kemenangan ini, kumpulan The Vision telah menerima hadiah wang tunai bernilai RM1,200 beserta dengan piala kejuaraan dan juga sijil penyertaan menerusi pertandingan peringkat akhir itu.

Kumpulan Short – C – Cute pula muncul naib juara bagi pertandingan ini setelah mempersembahkan lagu berjudul Opera Hidup yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Wings pada tahun 1988 dahulu.

Kejayaan memperoleh kedudukan naib juara bagi Pertandingan Rentak Juara 2011 ini membolehkan kumpulan Short – C – Cute membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,000, piala serta sijil penyertaan.

Manakala itu kumpulan The Junction Project pula muncul pemenang tempat ketiga menerusi lagu berjudul Misteri dan berhasil membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM800, piala dan sijil bagi pertandingan itu.

Hadiah kepada para kumpulan pemenang bagi Pertandingan Rentak Juara 2011 anjuran Kelab Sukan Rekreasi dan Jabatan Penyiaran RTM Sri Aman itu telah pun disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Peri.

Hadir sama ialah Timbalan Residen (Sosial) Bahagian Sri Aman, Felicia Tan, Pegawai Daerah Sri Aman, Ismawie Salleh, wakil Pengurus Stesen RTM Sri Aman, Ruth Ampong dan Ketua Pergerakan Wanita PBB Lingga, Balqis Haji Wahed.

Terdahulu kumpulan Horse 88, The Vision, The Blurr, Head Hunters, Short-C-Cute, D’ Junction Projecy, I’ Enote Band dan Jeckll And Hyde telah berentap untuk merebut slot lima kumpulan terbaik ke peringkat akhir pertandingan berkenaan.

Keputusannya ialah hanya lima buah kumpulan telah dipilih untuk mengisi slot akhir ke pertandingan tersebut antaranya ialah The Vision, Head Hunters, Short – C – Cute, D’ Junction Project dan Jeckyll And Hyde.

Tamat.

No comments:

Post a Comment