Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 December, 2011

JKKK jangan pasif jika mahu majukan rakyat - Rayong

Caption: TAHNIAH...Rayong sedang menyampaikan hadiah kepada seorang kanak-kanak sambil disaksikan oleh Tina (tengah) pada majlis itu baru-baru ini.

ENGILILI, Rabu (7 Dis) – Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam kawasan Engkilili dinasihat untuk lebih proaktif dalam mengadakan pelbagai program atau aktiviti mulai sekarang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa berkata tahap kemajuan penduduk dalam kawasan tadbir masing-masing bergantung sepenuhnya kepada faktor terbabit selepas itu.

“JKKK tidak boleh berkelakuan pasif untuk sepanjang masa kerana jika mereka bersikap demikian maka penduduk dalam kawasan tadbir masing-masing tidak akan dapat maju berbanding penduduk di JKKK aktif yang lain.

“Atas sebab ini adalah amat penting bagi semua ahli sesebuah JKKK itu berbincang serta merancang pelbagai program bercorak politik, ekonomi dan sosial demi kemajuan hidup penduduk mereka pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Merarau sempena sambutan Krismas anjuran JKKK Rumah Roselyn Tina Poh, Delok Skim Skrang, Engkilili baru-baru ini.

Selain itu Rayong juga menasihatkan JKKK dalam kawasan Engkilili untuk menjalinkan hubungan kerjasama antara satu sama yang lain dalam menyumbang terhadap kemajuan hidup penduduk di situ.

“JKKK itu juga perlu mewujudkan hubungan yang baik dengan wakil rakyat dan jabatan kerajaan di sini demi memudahkan lagi urusan penganjuran pelbagai program di kawasan masing-masing dari masa ke semasa,” katanya.

Justeru Rayong berharap agar pembangunan pesat dalam kawasan Engkilili akan dipertingkatkan lagi selepas ini dengan adanya kesungguhan semua JKKK berbuat demikian di masa akan datang.

Terdahulu beliau menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi tahun ini bernilai RM5,000 kepada JKKK Rumah Roselyn Tina Poh.

Tamat.........


No comments:

Post a Comment