Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 December, 2011

Penduduk Kampung Simunjan raih hasil durian


Caption: GEMBIRA...Pemborong durian iaitu Ah Teck (berdiri tengah) mempamerkan buah durian kepada Utusan Sarawak bersama penduduk Kampung Kesindu dan Kampung Lemujong, Simunjan ketika ditemui kelmarin.

SIMUNJAN, Rabu (7 Dis) – Jika dahulu penduduk dari kawasan Pantu hingga Sri Aman meraih pendapatan lumayan hasil dari jualan buah durian maka sekarang tibalah masanya bagi penduduk di kawasan Simunjan pula untuk meraih hasil raja buah terbabit.

Pihak Utusan Sarawak kelmarin telah diundang oleh penduduk Rumah Gana Jampong, Kesindu, Simunjan untuk membuat liputan mengenai musim durian yang sedang melanda kampung mereka semenjak seminggu lepas.

“Pemilik dusun durian di Kampung Kesindu Simunjan mula meraih hasil lumayan dari jualan raja buah berkenaan setelah pokok durian mereka selesai mengugurkan buah rosak (atau dikenali sebagai Kubuk dalam bahasa Iban) kira-kira seminggu sebelum itu.

“Musim durian kali ini sekaligus memberi sumber pendapatan tambahan kepada penduduk Kampung Kesindu, Simunjan yang kini sukar menoreh getah disebabkan oleh musim tengkujuh,” kata Ricky Kunjin.

Sementara itu Saperi Umpek berkata penduduk Kampung Kesindu dan juga Kampung Lemujong akan terus meraih pendapatan tambahan ini sehingga musim durian di sini berakhir dalam tempoh seminggu akan datang.

Terdahulu penduduk Kampung Kesindu dan Lemujong telah menjual buah durian masing-masing kepada seorang pemborong durian dari kawasan Kuching yang dikenali sebagai Ah Teck.

Buah bersaiz besar milik penduduk berkenaan akan diborong pada harga RM7 sebiji dengan buah bersaiz sederhana dan bersaiz kecil diborong pada harga RM5 dan RM2 sebiji.

Turut menjual buah durian pada masa sekarang ialah penduduk dari Kampung Ruan, Spaoh, Gayau Padok dan beberapa buah perkampungan Iban lain dalam kawasan Simunjan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment