Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 December, 2011

Dabai kuasai Pasar Lachau, Pantu


Caption: MURAH...Gambar menunjukkan Buah Dabai yang dijual pada harga RM15 sekilogram kepada orang ramai di Pasar Pantu hari ini.

PANTU, Khamis (17 Dis)  – Kehadiran Buah Dabai di Pasar Lachau, Pantu nyata menarik perhatian para pengemar buah dan pengguna kenderaan yang singgah di lokasi berkenaan semenjak seminggu lepas.

Bukan sahaja disebabkan oleh keenakkan rasa buah terbabit malah harga jualannya iaitu RM15 sekilogram juga menjadi punca tarikan dikalangan orang ramai yang singgah di pasar terbabit.

“Harga Buah Dabai yang dijual di Pekan Lachau pada sekarang masih dianggap amat murah iaitu RM15 sekilogram begitu juga dengan peniaga di kawasan simpang Engkilili yang menjual buah berkenaan pada harga RM12 sekilogram.

“Ia nyata amat berbeza dengan peniaga di Sibu yang menjual buah terbabit pada harga RM22 hingga RM28 sekilogram,” menurut seorang penduduk di Pasar Lachau iaitu Chai Min Sen.

Selain itu kebanjiran Raja Buah iaitu Durian di Pasar Lachau pada masa sekarang juga menjadi salah satu punca kedatangan ramai penduduk dari lain-lain wilayah yang sering singgah di pasar terbabit.

“Sememangnya tidak dinafikan bahawa Pasar Lachau sering menjadi tumpuan penduduk yang mahu menjual produk masing-masing termasuk pelbagai jenis buah kepada orang luar yang singgah di kawasan ini.

“Lagipun sekarang adalah musim buah-buahan. Justeru tidak hairanlah jika orang ramai mempunyai banyak pilihan untuk membeli buah kegemaran masing-masing seperti Dabai, Durian dan Rambutan di pasar ini,” kata Min Sen.

Tinjauan rambang Utusan Sarawak di Pasar Tamu, Sri Aman juga mendapati bahawa buah Manggis mula dijual terhadap orang ramai yang sering berkunjung ke lokasi terbabit untuk membeli bahan makanan mentah.

Tamat.




No comments:

Post a Comment