Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 December, 2011

Simoi rasmi Program Jalinan Mesra


Caption:

1. TERIMA KASIH...Simoi (kiri) bersama Felicia (kanan) menunjukkan baju Kelab Bikers Sri Aman sambil disaksikan oleh Zaidi (kanan sekali) sebelum bermulanya majlis itu.

2.  RASMI...Simoi sedang memotong reben sebagai simbolik perasmian Program Jalinan Mesra dan Peminat Sukan Permotoran Bahagian Sri Aman sambil disaksikan oleh Felicia (dua kanan) dan tetamu khas yang lain di sini hari ini.


SRI AMAN, Sabtu (17 Dis) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri telah diberi penghormatan untuk merasmikan Majlis Pelancaran Program Jalinan Mesra dan Peminat Sukan Permotoran Bahagian Sri Aman 2011 hari ini.

Simoi tiba di perkarangan luar Mini Stadium Sri Aman sekitar jam 10.15 pagi dan terus menyempurnakan upacara majlis dengan memotong reben di Gerai Jualan Amal anjuran Gabungan Persatuan Wanita Sri Aman.

Kedatangan beliau turut diiringi oleh Timbalan Residen Sri Aman (Sosial), Felicia Tan, Pegawai Tadbir Sosial, Zaidi Sarkawi, Kanselor Mas Shamshiah Haji Maslem, Ketua Pergerakan Wanita PBB Lingga, Balkis Haji Wahed dan ketua kaum yang lain.

Di gerai berkenaan, Simoi berkesempatan untuk beramah mesra dengan kakitangan Gerai Jualan Amal sambil membeli beberapa barangan di situ sebagai tanda sokongan terhadap aktiviti berkenaan.

Beliau bersama rombongan yang lain juga berkesempatan bergambar bersama ahli Kelab Bikers Sri Aman sebelum melakukan lawatan ke Kaunter Pasukan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan lain-lain gerai selepas itu.

Simoi akan merasmikan Program Rakaman Pentas Krismas 2011 dan Pertandingan Akhir Rentak Juara 2011 yang akan berlangsung di Mini Stadium Sri Aman bermula jam 7 malam ini.

Terdahulu dianggarkan lebih daripada 3,000 orang penduduk membanjiri kawasan Mini Stadium Sri Aman bagi menyaksikan pelbagai aktiviti menarik yang diadakan bersempena dengan program itu semenjak 16 Disember lepas.

Aktiviti Jualan Dan Promosi Barangan, Hari Bersama Pelanggan, Pertandingan Rentak Juara dan Rakaman Pentas Krismas adalah merupakan acara yang mencuri tumpuan penduduk bagi program ini.

Tamat.


No comments:

Post a Comment