Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 December, 2011

KEMAS anjur Demonstrasi Masakan di Kampung Sungai Apin, Simunjan

Caption: UNTUK ALBUM...Para peserta bergambar kenangan sebaik sahaja tamat Demonstrasi Masakan di Kampung Sungai Apin, Simunjan kelmarin.

SIMUNJAN, Isnin (12 Dis) – Usaha mewujudkan lebih ramai penyertaan penduduk kawasan luar bandar dalam bidang perusahaan makanan di negeri ini nyata masih dititikberatkan oleh pihak kerajaan menerusi para agensinya.

Ia terbukti apabila Kelas Pendidikan Literasi dan Fungsian (PLF), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Batang Lupar menganjurkan Demonstrasi Masakan di Kampung Sungai Apin, Simunjan hari ini.

Demonstrasi Masakan yang berlangsung di Bangunan Kelas PLF Kampung Sungai Apin, Simunjan itu menyaksikan seramai 40 orang penduduk hadir dalam penganjuran program berkenaan.

“Tujuannya adalah untuk memberi pengetahuan kepada para peserta dari kawasan Kampung Sungai Apin, Simunjan mengenai jenis masakan terbaru yang boleh dijadikan sebagai menu tambahan dalam perusahaan kedai makanan masing-masing.

“Contohnya pihak kita telah pun membuat demonstrasi masakan Rendang Daging 1 Malaysia dan Nasi PLF Sayur Campuran terhadap para peserta yang hadir dalam program ini,” kata Pemaju Masyarakat (PM) PLF KEMAS Batang Lupar, Chuding Karok.

Justeru pihak penganjur kata Chunding berharap agar para peserta dapat menguasai menu masakan terbaru itu untuk diperkenalkan ke dalam perusahaan makanan masing-masing ke arah mempertingkatkan ekonomi keluarga selepas ini.

“Selain itu program ini juga juga boleh dijadikan sebagai satu platform oleh pihak kita untuk memupuk semangat perpaduan dikalangan penduduk kampung dari masa ke semasa,” tambah beliau.

Hadir sama dalam Demonstrasi Masakan ini ialah Penyelia Perhubungan KEMAS Batang
Lupar, Noraini Masri dan Penasihat Kelas PLF KEMAS Kampung Sungai Apin, Marsat Haji Sarapah.

Tamat. 

No comments:

Post a Comment