Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 March, 2009

PBB Lingga sedia bantu kempen di Batang Ai - Simoi

SRI AMAN, Jumaat (6 Mac ) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi binti Haji Peri berkata penduduk di kawasan DUN Batang Ai tidak mempunyai sebab untuk mengundi calon pembangkang menerusi pilihanraya kecil yang akan diadakan di situ pada 7 April ini kelak.

Ini kerana kawasan DUN Batang Ai jelas beliau telah mengalami transformasi pembangunan yang amat membanggakan di bawah teraju kerajaan pihak Barisan Nasional (BN) dahulu.

“Kawasan DUN Batang Ai masih membangun dari segi penyediaan kemudahan infrastruktur serta perhubungan ditambah pula lagi dengan adanya produk pelancongan alam semulajadi dan projek pertanian komersial yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini.

“Proses pembangunan di kawasan DUN Batang Ai ini masih lagi perlu lagi dipergiatkan dan penduduk perlulah memastikan usaha ini berterusan dengan memastikan BN menang di kerusi DUN terbabit menjelang 7 April nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja selesai merasmikan Program Ceramah Motivasi bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul 1430 H / 2009 M anjuran beliau sendiri dengan kerjasama Surau Kebahagian Kampung Hilir bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Hilir malam tadi.

Selain itu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Lingga kata Simoi juga sudah bersedia untuk ‘turun padang’ bagi membantu kempen BN pada pilihanraya kecil DUN Batang Ai ini nanti.

Ianya jelas beliau sebagai salah satu usaha pihak PBB cawangan N.23 Lingga bagi memastikan BN menerusi komponen partinya iaitu Parti Rakyat Sarawak terus meneraju pembangunan di kawasan DUN Batang Ai selepas pilihanraya kecil pada 7 April akan datang.

“Kita akan turun sekiranya dipanggil untuk berbuat demikian. Kemenangan BN di Batang Ai amat penting kerana ianya boleh menentukan hala tuju pembangunan di kawasan itu untuk penggal yang seterusnya.

“Justeru adalah amat penting untuk pengundi di kawasan DUN Batang Ai menilai kembali sumbangan pembangunan yang telah diberikan oleh kerajaan BN terhadap hidup mereka selama ini,” kata beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment