Caption: PENGHARGAAN...Roselyn (kanan) menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Penasihat SIDS cawangan Sri Aman, Dora Landong (kiri) ketika berlangsungnya mesyuarat agung persatuan baru-baru ini.
SRI AMAN, Isnin (16 Mac) – Golongan wanita Dayak berpelajaran di daerah ini dipelawa untuk menyertai Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) cawangan Sri Aman demi memperhebatkan lagi usaha pemeliharaan adat resam dan budaya kaum Dayak di masa akan datang.
Pengerusi SIDS cawangan Sri Aman, Roselyn Abunawas berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung SIDS cawangan Sri Aman dan Pemilihan Ahli Jawatankuasa Baru persatuan berkenaan bagi sesi tahun 2009 / 2010 bertempat di salah sebuah restoran tempatan dalam bandar ini Sabtu lalu.
“Pihak SIDS cawangan Sri Aman mengalu-alukan golongan wanita Dayak berpelajaran yang berumur lebih daripada 18 tahun untuk menyertai persatuan ini dari masa ke semasa.
“Penglibatan mereka bukan sahaja bertujuan untuk menguatkan lagi usaha memelihara adat resam dan budaya kaum Dayak tetapi juga demi memastikan SIDS terus mempunyai barisan pemimpin baru di masa akan datang,” katanya.
Sementara itu Roselyn juga turut menasihatkan kaum ibu dari SIDS cawangan Sri Aman untuk terus memantau perkembangan aktiviti anak-anak di luar rumah dari masa ke semasa.
Pemantaun berterusan terhadap aktiviti anak-anak di luar rumah oleh kaum ibu menurut beliau amat penting bagi memastikan golongan terbabit tidak terjebak dalam aktiviti kurang sihat seperti melepak, menghidu gam dan sebagainya.
“Kaum ibu merupakan golongan yang paling dekat hubungannya dengan anak-anak. Atas sebab inilah saya menasihati mereka (kaum ibu) untuk sentiasa memantau aktiviti anak-anak ketika mereka berada di luar rumah.
“Anak-anak adalah permata hidup keluarga dan aset berharga untuk pembangunan masa hadapan negara. Justeru atas sebab ini saya berharap agar kaum Ibu dari SIDS Sri Aman mula bertindak sekarang untuk memastikan anak-anak tidak terjebak dalam aktiviti tidak sihat,” katanya.
Roselyn dipilih semula sebagai Pengerusi SIDS Sri Aman untuk tahun 2009 hingga 2010 manakala Lansing dan Glennia Olin Noah pula dipilih untuk menjadi naib pengerusi dan setiausaha persatuan terbabit.
Jawatan naib setiuasaha, bendahari dan naib bendahari bagi persatuan terbabit masing-masing telah diisi oleh Florence Briku, Margaret Ann Bajai dan Monica Midi. Lima lagi ahli SIDS Sri Aman yang dipilih untuk mengisi senarai AJK persatuan ini ialah Mary Chendang, Peggy Vera, Lita Tukang, Catherine Musa dan Anchon Raoh.
Tamat.

No comments:
Post a Comment