Caption: MUKA BARU...Wandy (kanan), Katrina (atas kiri) dan Emil (bawah kiri) adalah merupakan tiga pendatang baru dalam GP yang bakal muncul menerusi album kompilasi pada penghujung bulan April ini nanti.
17 Mac
17 Mac
Syarikat rakaman Golden Pearl Recording Studio (GPRS) akan menerbitkan sebuah album kompilasi terbaru yang bakal dibarisi oleh tiga orang pendatang baru dalam syarikat rakaman berkenaan menjelang hujung bulan April ini.
Album terbaru terbitan syarikat terbabit yang berjudul Kompilasi Penyanyi Baru Golden Pearl ini bakal membariskan tiga artis rakaman terbaru mereka iaitu Wandy Ibrahim Pasak, Emil Hamlen dan Katrina Liap.
Album kompilasi ini bakal membariskan 10 buah lagu iaitu Dara Lunak Buah Temedak, Joget Baka Tiang Sebatang, Bansa Kitai, Anang Mayuh Leman, Joget Anang Ngulang, Penunduk Ngasi Pala Agong, Badu Bejanji, Bujang Di Kerindu, Anang Ngayah Aku dan Ditagang Jadi.
“Menerusi sentuhan saya sendiri bersama dengan Lakuang Ading, album Kompilasi Penyanyi Baru Golden Pearl ini bakal mempertengahkan elemen muzik Joget, Slow Dangdut, Asli Poco-Poco dan A Go Go.
“Lagu seperti Dara Lunak Buah Temedak, Bansa Kitai, Anang Mayuh Leman, Joget Anang Ngulang Agi, Penunduk Ngasi Pala Agong dan Badu Bejanji dicipta oleh saya sendiri manakala Bujang Di Kerindu, Anang Ngayah Aku dan Ditagang Jadi pula dicipta oleh Lakuang Ading,” kata pemilik GPRS iaitu Jennarino Jeraki.
Sebuah lagu dalam album kompilasi ini nanti kata Jeraki telah dicipta oleh salah seorang pendatang baru dalam syarikatnya iaitu Wandy Ibrahim Pasak yang berjudul Joget Baka Tiang Sebatang.
Wandy menerusi album kompilasi ini kata beliau akan membawa empat buah lagu iaitu Dara Lunak Buah Temedak, Joget Baka Tiang Sebatang, Bansa Kitai dan Anang Mayuh Leman.
Emil Hamlen kata Jeraki pula membawa lagu Joget Anang Ngulang Agi, Penunduk Ngasi Pala Agong dan Badu Bejanji manakala Katrina pula akan membawa lagu Bujang Dikerindu, Anang Ngayah Aku dan Ditagang Jadi.
“Ketiga-tiga mereka adalah anak didik saya. Wandy, berasal dari Kampung Bajung Sebuyau dan beliau amat gemar bermain muzik dan meminati lagu-lagu Iban sebelum ini semenjak dari usia kecil.
“Emil, berasal dari Kampung Semeba, Kuching, sebelum ini pula merupakan bekas finalis Pertandingan Bintang RTM di Kuala Lumpur dan kini sedang mengusahakan perniagaan landskap manakala Katrina dari Kampung Sungai Barie, Serian bekas juara Pertandingan Karaoke Lagu Iban di Pub Meligai Keling anjuran GPRS,” katanya.
Jeraki menerusi album kompilasi terbaru ini nanti telah mempertaruhkan tiga buah lagu yang dijangka hit dikalangan para pendengar lagu Iban tempatan antaranya ialah Dara Lunak Buah Temedak, Penunduk Ngasi Pala Agong dan Bujang Di Kerindu.
“Justeru pastikan anda mendapatkan album kompilasi yang tulen apabila ia sudah berada di pasaran nanti. Jangan beli album cetak rompak kerana ianya secara tidak langsung boleh menjatuhkan industri lagu Iban tempatan kita di negeri ini,” menurut beliau.
Tamat.
gud luck... ngemujur ke lagu kitai.. ulih ka enti ka ngaga demo ba company kita...
ReplyDelete