SRI AMAN, Isnin (16 Mac) – Tindakan seorang lelaki yang secara tidak sengaja meninggalkan masakannya di dapur kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja rumah nyaris memakan diri sendiri dan keluarga menerusi kejadian yang berlaku di sebuah perkampungan dalam daerah ini hari ini.
Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 9 pagi hari ini, ayah kepada dua orang anak tersebut telah memanaskan lauk dalam sebuah periuk di dapur sebelum memulakan kerja membersihkan kawasan dalam dan luar sekitar rumahnya.
Sebaik sahaja selesai melaksanakan kerja membersihkan kawasan dalam dan luar rumah, lelaki tersebut kemudiannya tertarik dengan permainan komputer yang sedang dimainkan oleh anak lelakinya pada waktu berkenaan.
“Isteri saya tiada di rumah pada awal pagi hari ini kerana telah dibawa oleh para penduduk kampung yang lain untuk mengerjakan sawah padi secara ‘berdurok’ (gotong royong secara bergiliran).
“Justeru segala urusan kerja rumah pada waktu pagi hari ini secara automatiknya harus dilaksanakan oleh saya dan yang pertama sekali saya lakukan adalah memanaskan lauk di dapur,” katanya yang enggan namanya disiarkan di sini.
Ketika sedang leka memerhatikan anak lelakinya bermain komputer selama hampir 20 minit, kedua-dua anak beranak tersebut kemudiannya tercium bau hanggus yang pada mulanya mereka sangkakan bau asap sampah dari rumah jiran.
Bagaimanapun si ayah yang mula menyedari kemungkinan punca bau asap berkenaan telah bergegas ke dapur dan mendapati bahawa lauk yang telah dipanaskan olehnya sebelum ini dalam sebuah periuk kecil terbabit sedang hangus.
“Sambil berasa panik saya terus bergegas untuk mendapatkan satu kong kecil berisi air bagi memadamkan api yang mula muncul dari lauk yang mula hanggus di dalam periuk kecil terbabit.
“Mujurlah saya dan anak saya tidak pergi ke mana-mana pada waktu pagi hari ini...sukar saya bayangkan kesudahannya jika kebakaran terjadi disebabkan oleh kelalaian saya sendiri,” katanya.
Tamat.

jangan lalai. Buruk akibatnya..
ReplyDeleteView Profile: Rantong™