Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 March, 2009

Dakwaan mantan MP BN tidak benar kata Harden


Mugshot: DATUK FRANCIS HARDEN HOLLIS

SRI AMAN, Sabtu (7 Mac) – Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis menolak dakwaan oleh pihak pembangkang yang menuduh bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal melaksanakan sebarang projek pembangunan untuk penduduk di daerah Sri Aman ini.

Apa yang lebih mengecewakan menurut beliau ialah apabila mendapat tahu bahawa dakwaan terbabit telah dibuat oleh seorang bekas wakil rakyat dari komponen parti BN yang dahulunya pernah berkhidmat sebagai ahli parlimen di daerah ini selama tiga penggal.

“Sudah tentunya saya berasa amat kecewa apabila mendapati bahawa bekas ahli parlimen terbabit menuduh kerajaan BN gagal melaksanakan pelbagai projek pembangunan di seluruh daerah Sri Aman selama ini.

“Penduduk di daerah ini tidak harusnya mempercayai tuduhan yang disampaikan oleh bekas wakil rakyat itu sendiri kerana ianya salah motif untuk meraih sokongan politik penduduk menjelang pilihanraya akan datang,” katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan merasmikan Majlis Perhimpunan Sivik di Rumah Abang, Kampung Kedang, Sri Aman kelmarin.

Selain itu penduduk menurut beliau sebenarnya sudah menyedari bahawa daerah Sri Aman kini sudah pun mengalami transformasi pembangunan yang pesat dari aspek tahap sosial hidup penduduk dan ekonomi hasil usaha kerajaan BN selama ini.

Bukti pembangunan di daerah ini menurut Harden boleh disaksikan oleh penduduk dengan adanya perlaksanaan bandar baru Sri Aman, pembinaan taman tebingan Sungai Batang Lupar, projek agropolitan di Stumbin dan banyak lagi.

“Kenyataan bekas wakil rakyat terbabit ternyata tidak benar sama sekali. Ini kerana kerajaan BN ternyata telah mengubah wajah pembangunan di daerah ini sebelum beliau mengeluarkan dakwaan terbabit.

“Justeru saya berharap agar penduduk di sini tidak mempercayai dakwaan terbabit kerana ianya salah usaha bekas wakil rakyat terbabit untuk meraih sokongan politik daripada penduduk demi kepentingan parti yang diwakilinya sekarang,” kata beliau.

Harden menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM3,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Abang dan biro wanita rumah panjang terbabit.

Tamat.

No comments:

Post a Comment