SRI AMAN, Sabtu (14 Mac) – Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil bagi Dewan Undangan Negeri Batang Ai, Nelson Mujah anak Girie berkata sehingga kini belum ada sebarang pihak yang tampil untuk mendapatkan borang penamaan calon bagi bertanding di pilihanraya kecil itu pada 7 April ini.
“Sehingga kini belum ada pihak yang tampil di Pejabat Daerah Lubok Antu untuk mendapatkan borang penamaan calon untuk bertanding pada pilihanraya kecil DUN Batang Ai ini nanti.
“Bagaimanapun saya tidak tahu sekiranya pihak yang berminat untuk bertanding di pilihanraya kecil DUN Batang Ai ini kelak bertindak mengambil borang penamaan calon di Kuching,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Hari Penamaan Calon bagi pilihanraya kecil DUN Batang Ai akan berlangsung pada 29 Mac manakala Hari Pembuangan Undi pula akan berlangsung pada 7 April nanti.
Piliharaya kecil DUN Batang Ai ini diadakan serentak dengan pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau ekoran kematian penyandangnya iaitu Datuk Dublin Unting anak Ingkot yang meninggal dunia pada 24 Februari lalu di Pusat Perubatan Normah, Kuching.
Pelbagai spekulasi timbul mengenai calon yang bakal dipilih untuk bertanding pada pilihanraya kecil DUN Batang Ai ini kelak sama ada daripada pihak Barisan Nasional mahupun pembangkang.
Spekulasi mengenai nama calon yang bakal bertanding untuk mempertahankan kerusi BN di DUN Batang Ai ini nanti bakal terungkai apabila Pengerusi BN Negeri merangkap Ketua Menteri iaitu Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud akan mengumumkan nama calon BN berkenaan pada hari ini.
Manakala spekulasi mengenai calon pembangkang yang akan bertanding pada pilihanraya kecil DUN Batang Ai ini kelak masih lagi mengaitkan nama Jawah Gerang dan Nicholas Bawin Anggat.
Seorang ahli politik di negeri ini yakin bahawa Jawah Gerang akan dipilih untuk mewakili pihak pembangkang bagi merebut kerusi DUN Batang Ai pada pilihanraya kecil ini kelak berbanding Nicholas Bawin.
Mantan Ahli Parlimen Lubok Antu terbabit menurut ahli politik berkenaan mempunyai peluang yang cerah untuk dipilih berdasarkan kepada reputasinya ketika bertanding mewakili pihak BN untuk mempertahankan kerusi parlimen Lubok Antu sebelum bertindak menyertai pembangkang baru-baru ini.
Tamat.
Feel free to visit my news blog here also: newsriamannews.blogpsot.com
Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman
Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.
13 March, 2009
Belum ada pihak ambil borang pencalonan sehingga ini kata Mujah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment