Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 December, 2011

Laluan pejalan kaki baru di SMK Sri Aman legakan ibubapa

Caption: HAMPIR SIAP...Laluan pejalan kaki ini dibina khas untuk para pelajar SMK Sri Aman yang sering berulang-alik menuju ke sekolah berkenaan ketika berlangsung sesi pembelajaran.

SRI AMAN, Ahad (11 Dis) – Ibubapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman mungkin berasa dilemma selama ini ketika bermula sesi pembelajaran dan tamat waktu kelas di sekolah itu bermula dari hari Isnin hingga Jumaat.

Perasaan dilemma ibubapa pelajar dipercayai berpunca kepada ketiadaan laluan pejalan kaki anak-anak yang berulang-alik ke sekolah berkenaan pada setiap hari demi menunaikan tanggungjawab diri sebagai seorang pelajar.

Ibubapa bimbang ketiadaan laluan pejalan kaki itu akan mendedahkan anak-anak kepada bahaya kemalangan memandangkan pintu masuk utama sekolah terbabit terletak di laluan jalan raya utama yang sering sesak dengan pelajar dan kenderaan selama ini.

Namun begitu golongan ibubapa kini sudah pun boleh menarik nafas lega apabila kerajaan sedang membina laluan pejalan kaki di luar sekolah terbabit demi keselamatan para pelajarnya.

Laluan pejalan kaki bersimen sepanjang 100 meter yang dibina bermula dari pintu masuk SMK Sri Aman menuju ke kawasan Srijaya Park itu sekaligus boleh mengurangkan risiko kemalangan pelajar sekolah terbabit selepas ini.

“Saya berasa amat gembira apabila laluan pejalan kaki itu mula dibina oleh kerajaan memandangkan para pelajar sebelum ini sering meniti laluan tepi jalan raya menuju ke sekolah itu hingga boleh mendedahkan mereka kepada bahaya kemalangan.

“Kini para pelajar sudah pun dikhaskan satu laluan baru untuk menuju ke sekolah. Justeru saya berharap agar para pelajar meniti laluan baru ini dan bukannya di atas jalan raya demi keselamatan nyawa mereka di masa akan datang,” kata seorang penduduk.

Beliau turut menambah bahawa kerajaan perlu mewujudkan kawasan parkir kenderaan sementara berdekatan pintu masuk sekolah terbabit demi mengurangkan masalah kesesakan lalulintas di situ selepas ini.

Tamat.



No comments:

Post a Comment