Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 December, 2011

Bunyau Mujab bakal temui peminat dalam telemovie pada tahun hadapan



Caption: BAKAL TEMUI PEMINAT...Mujab (kanan) dan Bunyau (kiri) bakal tampil dalam telemovie Iban pada tahun hadapan dengan Jeraki (gambar kecil) sebagai pengarah bagi projek itu.

- 18 Disember

Berita baik kepada semua peminat watak segmen atau kapsul Bunyau dan Mujab yang sering berkumandang di rancangan WAI FM menerusi saluran 101.3 MHz dalam negeri ini termasuk juga yang berada di Brunei Darulsalam.

Syarikat rakaman lagu Iban popular iaitu Golden Pearl Recording Studio bakal menerbitkan telemovie Bunyau Dan Mujab yang bakal menampilkan kedua-dua pembawa karakter watak kapsul itu pada tahun hadapan.

Ia akan diarahkan sendiri oleh seorang artis rakaman terkenal dari syarikat itu sendiri iaitu Jennarino Jeraki yang pernah menghasilkan beberapa buah album lagu dan juga telemovie popular berbahasa Iban sebelum ini.

Jeraki ketika dihubungi Utusan Sarawak memberitahu skrip telemovie berkenaan sudah pun dilakukan dengan proses pengambarannya dijangka bermula pada bulan Januari tahun hadapan.

“Pihak kami sudah mengadakan mesyuarat dan perbincangan dengan Stonton James Jaga (Mujab) dan Ken Michael (Bunyau) berhubung projek penghasilan telemovie berasaskan watak mereka itu.

“Telemovie bergenrekan komedi ini sememangnya bertemakan pengajaran seperti mana dengan kapsul yang sering dihasilkan oleh kedua-dua watak berkenaan di rancangan radio Wai FM selama ini,” katanya.

Beliau turut memberitahu bahawa projek telemovie ini disasarkan akan siap pada penghujung bulan Februari dengan hasil bantuan artis rakaman popular dan individu seperti Maxwell Franklin Saran, Betty Bawing, Jed Malin dan Clement Saran.

Justeru Jeraki berjanji akan melakukan yang terbaik bagi menghasilkan telemovie Bunyau dan Mujab yang dijangka bakal mendapat sambutan memberangsangkan dari penduduk negeri ini apabila sudah siap kelak.

Terdahulu anak jati Sri Aman iaitu Stonton James Jaga bersama Ken Michael telah memperkenalkan watak Bunyau dan Mujab ketika mula berkhidmat untuk stesen radio Wai FM pada bulan April tahun ini.

Bermula dengan kapsul bertemakan berhati-hati di jalan raya, nama Mujab dan Bunyau terus popular dikalangan pendengar radio menerusi kapsul karaoke, pulang dari Singapura, rasuah, jangan gila main judi, perangkap facebook dan banyak lagi.

Populariti watak Mujab dan Bunyau juga turut didokong oleh watak Girl Misi (Jururawat) yang dibawa oleh Stephanie Jeff juga penyampai radio dari stesen radio Wai FM.

Ketiga-tiga mereka iaitu Stonton, Ken dan Stephanie pernah menjadi penyampai radio sampingan di stesen radio RaSA FM (RTM Sri Aman) sebelum diterima untuk bertugas sepenuh masa di Wai FM (RTM), Kuching.

Tamat.


5 comments:

  1. x sbr ka nganti telemovie tu kluar

    ReplyDelete
  2. best mai!!!....nda sabar ka meda..<3 <3

    ReplyDelete
  3. anang kelalu mahal nyual VCD enggaika diphotostate orang enggau nadai pemendar ila.

    ReplyDelete
  4. Bunyau n Mujab anang ndak ingat ka bala raban di Semenanjung malaysia

    ReplyDelete
  5. Bunyau n Mujab anang ndak ingat bala raban ari semenanjung malaysia gak...promote meh sampai kitu awak ka semua ulih meda telemovie tok...ooooooohhhaaaaa...

    ReplyDelete