Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 March, 2009

SMK Simanggang naik ranking ke 18 menerusi STPM 2008


Caption: TAHNIAH..Pengetua SMK Simanggang, Ibrahim Majain (belakang kanan) dan Engkamat (belakang kiri) merakamkan gambar kenangan bersama pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang STPM 2008 iaitu (dari kiri) Nadia Lampun, Yohanes Moses, Vivien Chong dan Angela Joseph.

SRI AMAN, Rabu (11 Mac) – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang telah menduduki tangga ke-18 daripada 81 buah sekolah menengah di negeri ini menerusi pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang diumumkan semalam.

Dengan memperolehi jumlah lulus penuh sebanyak 97.89 peratus bagi keputusan peperiksaan STPM tahun 2008, SMK Simanggang ternyata telah naik sebanyak dua anak tangga berbanding di tangga yang ke-20 bagi keputusan peperiksaan STPM tahun 2007.

Walaupun mencatatkan kedudukan ke-18, SMK Simanggang bagaimanapun telah mencatatkan penurunan peratus lulus penuh bagi keputusan peperiksaan STPM 2008 sebanyak satu peratus iaitu 97.89 peratus berbanding 98.94 peratus untuk keputusan peperiksaan STPM 2007.

“Walaupun pihak SMK Simanggang mencatatkan penurunan dari segi kuantiti untuk keputusan peperiksaan kali ini namun pihak kita juga telah mencatatkan peningkatan dari segi kualiti untuk keputusan peperiksaan yang sama iaitu 27 orang pelajar berbanding 18 orang sebelumnya (STPM 2007),” kata Penolong Kanan 1 SMK Simanggang iaitu Engkamat Slapok.

Selain itu katanya pihak SMK Simanggang juga mencatat peningkatan dari segi perolehan peratus jumlah pelajar yang mendapat keputusan 4P (principal) untuk keputusan peperiksaan kali ini iaitu 39.4 peratus berbanding 32.28 peratus untuk keputusan peperiksaan tahun 2007.

“Secara keseluruhannya pihak SMK Simanggang telah melahirkan rasa bangga ke atas pencapaian yang ditunjukkan oleh calon peperiksaan STPM bagi tahun 2008...tahniah pihak kami ucapkan kepada kesemua 142 pelajar sekolah ini yang telah menduduki peperiksaan STPM bagi tahun 2008,” katanya.

Terdahulu Yohanes anak Moses muncul sebagai pelajar terbaik SMK Simanggang bagi keputusan peperiksaan STPM 2008 apabila berjaya memperoleh 4A dengan nilai Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00.

Kejayaan beliau turut dikecapi oleh empat orang lagi pelajar SMK Simanggang yang lain iaitu Angela Joseph Diriek (4A dengan keputusan PNGK 3.84), Nadia Lampun (3A 1B PNGK 3.83), Vivien Chong (3A 1B PNGK 3.75) dan Klaus Rengga Louis (3A 2B).

Tamat.







No comments:

Post a Comment