Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 March, 2009

Seni budaya dan warisan bentuk tamadun bertaraf tinggi kata Snowdan




1.TERHIBUR...Snowdan (tengah) bersama dengan tetamu undangan khas yang lain sedang khusyuk menyaksikan acara tarian kebudayaan yang diadakan bersempena dengan program berkenaan malam tadi.

2.BERBAKAT...Sebuah kumpulan penari belia sedang mempersembahkan tarian kebudayaan demi memeriahkan lagi suasana program di sini malam tadi.

SRI AMAN, Ahad (8 Mac) – Peranan seni budaya serta warisan dalam mewujudkan masyarakat dan negara yang bertaraf tinggi atau tamadan sememangnya tidak dapat disangkal oleh semua pihak kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Donald Lawan.

Ini kerana senibudaya dan warisan itu jelas beliau merupakan manifestati tamadun dalam kehidupan masyarakat dalam sesebuah negara bermula dari zaman dahulu lagi hinggalah ke masa sekarang.

“Muzik, teater, seni lukis, tarian, koreografi, penulisan kreatif, kraf dan sebagainya adalah merupakan asas pelengkap kepada kehidupan yang lebih berkualiti serta menjurus kepada keagungan tamadun sesebuah masyarakat pada masa sekarang.

“Bagaimapun kegiatan budaya yang berkualiti hanya akan dapat dilaksana sekiranya semua pihak tampil untuk membimbing dan memupuk kegiatan ini dalam diri masyarakat bandar atau desa dari masa ke semasa,” katanya.

Snowdan berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Program Fiesta Belia Malaysia 2009 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman di Mini Stadium Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) malam tadi.

Selain itu beliau juga menekankan tentang betapa pentingnya Pendidikan Seni Budaya dan Warisan di negeri ini memandangkan ianya secara tidak langsung dapat mewujudkan golongan masyarakat berbudaya, berbudi bahasa, berjiwa seni serta kreatif dan berkhemah.

Ini kata Snowdan secara objektifnya dapat mengerakkan sahsiah dalam diri masyarakat mengenai keindahan serta kehalusan jiwa yang selama ini penting bagi Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, budaya dan kepercayaan masing-masing.

“Untuk itu kita harus mendidik para graduan yang akan menjadi penggalak, pemupuk, pelaki dan pengamal seni yang merangkumi pelakon, penulis skrip, sutradara filem serta lain-lain bidang seni budaya berkaliber.

“Ini penting untuk mewujudkan keseimbangan di antara budaya negara kita dan budaya dari negara barat lebih-lebih lagi ketika menghadapi era dunia globalisasi pada zaman sekarang,”katanya.

Hadir sama ialah Pengarah Belia dan Sukan Malaysia Negeri Sarawak, Mohammad Salihin Haji Kachon, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman, Shyennier Jean Serit, wakil Residen Sri Aman, Zaidi Sarkawi, pembantu khas kepada Ahli Parlimen P.202 Sri Aman, Abah Ugie, para pegawai kerajaan dan ketua kaum dari sekitar daerah ini.

Program Fiesta Belia Malaysia 2009 di Mini Stadium MDSA malam tadi dimeriahkan dengan acara Pertandingan Tarian Kebudayaan Kaum Iban, Melayu, Cina, Tarian Shuffle, Poco-Poco dan persembahan Ratu Cantik Sri Aman.

Program yang bermula seawal jam 9 pagi di Mini Stadium MDSA ini telah berakhir sekitar jam 11 malam dan disaksikan lebih daripada 500 penduduk dari sekitar bandar Sri Aman.

Tamat.

No comments:

Post a Comment