Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 March, 2009

Sembang-sembang bersama penulis - Roh mendiang Unting pulang ke opis?


Kelmarin, penulis berkesempatan untuk berbual dengan Nelson Naga Alam, bekas setiausaha sulit kepada mendiang Datuk Dublin Unting anak Ingkot, Menteri Muda Permodenan Pertanian dan Sukan.

“Datuk ada ke pejabat semenjak dua hari lepas,” katanya.

“Siapa?” tanya penulis.

“Datuk Dublin,” balas Naga. Penulis diam sejenak. Mendiang Datuk Dublin sudah meninggal dunia 24 Februari lepas kerana penyakit angin ahmar dan kompilasi buah pinggang.

“Pejabat yang mana?” tanya penulis lagi.

“Pejabat tempat kerja beliau ketika menjadi menteri muda dulu,” kata Naga.

Menurut beliau, ‘mendiang Unting’ pernah pulang ke pejabat kementeriannya dalam tempoh dua hari yang lalu iaitu pada 4 dan 5 Mac lepas. Kehadiran mendiang telah disedari oleh seorang ‘amah’ atau cleaner wanita yang sentiasa membersihkan pejabat menteri muda termasuk pejabat mendiang di MASJA, Kuching.

“Ketika sedang mencuci jamban di pejabat mendiang sekitar jam 6.30 pagi, amah terbabit mendengar bunyi laci meja dibuka manakala failnya pula diselak. Apabila diperiksa, amah berkenaan tidak melihat sesiapa pun di situ,” kata Naga.

“Mungkin ada kakitangan lain,” dakwa penulis.

“Tak mungkin. Belum ada orang datang bekerja pada jam 6.30 pagi. Bila saya tanya apa perasaan amah terbabit apabila mendengar bunyi berkenaan beliau mendakwa itu adalah roh datuk yang datang untuk memantau keadaan pejabatnya....dia tidak takut kerana baginya mendiang datuk cukup baik terhadap dirinya ketika masih hidup dahulu,” kata Naga lagi.





1 comment:

  1. kononnya kita di dunia sekarang dikatakan dalam kawalan sistem komputer(matrix) Jadi mungkin keadaan ini belaku disebabkan kegagalan salah satu daripada fungsi sistem tersebut yang menyebabkan keadaan paranormal terjadi.

    ReplyDelete