Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 March, 2009

Program Bicara Gemilang di Rapak pada 11 Mac ini


Mugshot: WHELTON LUMPOI

SRI AMAN, Ahad (8 Mac) – Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak Bahagian Sri Aman akan mengadakan Program Bicara Gemilang 2009 bertempat di Rumah Itat, Rapak Tepus, dalam daerah kecil Pantu, Sri Aman pada 11 Mac ini.

Pegawainya, Whelton anak Lumpoi menerusi satu kenyataan media pada hari ini menjelaskan bahawa Program Bicara Gemilang itu nanti akan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan anak Donald Lawan.

“Program Bicara Gemilang 2009 yang akan bermula pada jam 2.15 petang di Rumah Itat ini nanti bertujuan untuk memperkenal dan seterusnya menyampaikan segala dasar-dasar kerajaan kepada penduduk dari sekitar kawasan Pantu.

“Dengan adanya program seumpama ini pihak kami berharap agar penduduk lebih faham tentang peranan kerajaan dalam melaksanakan pelbagai program pembangunan di kawasan ini menerusi dasar-dasar terbabit,” katanya.

Selain itu Program Bicara Gemilang 2009 ini nanti akan kata Whelton akan membolehkan penduduk di kawasan Pantu mengenali wakil rakyat mereka dengan lebih dekat.

Ianya secara tidak langsung jelas beliau akan mewujudkan hubungan kerjasama yang lebih kukuh di antara penduduk di dalam kawasan DUN Balai Ringin dengan wakil rakyatnya iaitu Snowdan Lawan.

“Disamping itu Snowdan juga akan membicarakan mengenai pelbagai isu-isu semasa yang sedang berlaku dalam negara ini pada masa sekarang.

“Justeru saya berharap penduduk di kawasan Pantu tidak melepaskan peluang untuk menghadiri Program Bicara Gemilang 2009 ini nanti untuk mengetahui lebih lanjut tentang dasar serta isu-isu semasa yang akan disampaikan oleh beliau pada 11 Mac kelak,” katanya.

Pegawai Daerah Kecil Pantu, Edward Michael Dok dan Penghulu Entika Seman dijangka hadir ketika berlangsungnya Program Bicara Gemilang 2009 di Rumah Itat pada 11 Mac ini nanti.

Tamat.

No comments:

Post a Comment