Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 March, 2009

Jalan berlubang di simpang stesen minyak shell KSM


Caption: PERLU PERHATIAN...Lubang ini mungkin nampak tidak berbahaya namun orang ramai mendakwa bahawasanya pernah berlaku beberapa kemalangan kecil akibat terlanggar lubang terbabit.

SRI AMAN, Rabu (4 Mac) – Pengguna kenderaan di bandar Sri Aman memohon jasa baik pihak berkuasa tempatan untuk memperbaiki laluan jalan masuk ke Stesen Minyak Shell Khoo Soo Meng (KSM).

Ini berikutan wujudnya lubang sedalam setengah kaki yang terletak di laluan jalan masuk menuju ke stesen minyak terbabit dan dikhuatiri boleh menimbulkan risiko kemalangan yang tinggi dikalangan pengguna kenderaan terutamanya motorsikal di dalam bandar ini.

Seorang pengguna motorsikal yang hanya mahu dikenali sebagai Mack, 47, ketika ditemui Utusan Sarawak mendakwa beliau nyaris mengalami kemalangan serius ketika hendak mengisi minyak kenderaannya di stesen minyak terbabit.

“Hujan ketika itu turun dengan begitu lebat apabila saya sedang menunggang motorsikal menuju ke Stesen Minyak Shell KSM terbabit dari arah kawasan Sabu tanpa menyedari bahawa wujudnya sebuah lubang di persimpangan jalan masuk ke stesen minyak berkenaan.

“Ketika hendak menunggang masuk ke stesen minyak berkenaan, motorsikal yang saya tunggang tiba-tiba terjerumus masuk ke dalam lubang terbabit,” katanya sambil mendakwa bahawa faktor hujan menyebabkan lubang terbabit tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Kejadian ini menyebabkan beliau panik lalu melompat secepat yang mungkin kerana khuatir bahawa motorsikal terbabit akan terpelanting lalu mendatangkan kecederaan serius terhadap dirinya sendiri.

“Mujurlah saya mengalami luka kecil sahaja. Bagaimanapun malang buat motorsikal saya apabila tayar hadapan kenderaan saya ini bengkok manakala beberapa bahagian pelindungnya pula pecah,” jelas beliau.

Sementara itu Louis Mareng, 25, pula berpendapat kewujudan lubang terbabit tetap merbahaya kepada pengguna motorsikal di bandar ini walaupun ketika hari hujan atau pun cuaca baik.

Beliau mendakwa bahawa lubang terbabit seolah-olah kelihatan tidak dalam kerana takungan air di dalamnya dan boleh mengancam mana-mana pengguna motorsikal yang tidak berpengalaman di bandar ini.

“Justeru saya yakin bahawa semua pengguna kenderaan di bandar berharap agar pihak berwajib bertindak secepat mungkin untuk menurap kembali lubang sepanjang satu kaki dan berkedalaman setengah kaki di persimpangan jalan masuk menuju ke stesen minyak terbabit,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment