Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 March, 2009

Dr Masing di Po-Ai pada 20 Mac ini

SRI AMAN, Jumaat (13 Mac) – Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak Bahagian Sri Aman akan mengadakan Program Pemimpin Bersama Rakyat 2009 bertempat di Rumah Jumat, Po-Ai Enggat, Sri Aman pada 20 Mac ini.

Pegawainya, Whelton anak Lumpoi menerusi satu kenyataan media pada hari ini menjelaskan bahawa Program Pemimpin Bersama Rakyat itu nanti akan dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Tanah, Dato Sri Dr James Jemut Masing.

“Program Pemimpin Bersama Rakyat yang akan bermula pada jam 10 pagi di Rumah Jumat ini nanti bertujuan untuk memperkenal dan seterusnya menyampaikan segala dasar-dasar kerajaan kepada penduduk dari sekitar kawasan Po-Ai.

“Dengan adanya program seumpama ini pihak kami berharap agar penduduk lebih faham tentang peranan kerajaan dalam melaksanakan pelbagai program pembangunan di kawasan ini menerusi dasar-dasar terbabit,” katanya.

Selain itu Pemimpin Bersama Rakyat ini nanti akan kata Whelton akan membolehkan penduduk di kawasan Po-Ai mengenali pemimpin tertinggi dan wakil rakyat mereka dengan lebih dekat.

Ianya secara tidak langsung jelas beliau akan mewujudkan hubungan kerjasama yang lebih kukuh di antara penduduk di dalam kawasan DUN Bukit Begunan dengan para pemimpin Barisan Nasional (BN).

“Disamping itu beliau (Masing) juga akan membicarakan mengenai pelbagai isu-isu semasa yang sedang berlaku dalam negara ini pada masa sekarang.

“Justeru saya berharap penduduk di kawasan Po-Ai tidak melepaskan peluang untuk menghadiri Program Pemimpin Bersama Rakyat 2009 ini nanti untuk mengetahui lebih lanjut tentang dasar serta isu-isu semasa yang akan disampaikan oleh beliau pada 20 Mac kelak,” katanya.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Mong anak Dagang akan hadir ketika berlangsungnya Program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Jumat pada 20 Mac ini nanti.

Tamat.



No comments:

Post a Comment