Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 March, 2009

D.I Grow anjur majlis makan malam di Dewan SDNU, Saratok pada 28 Mac ini

SRI AMAN, Selasa ( 17 Mac) – Syarikat Diamond Interest (D.I) Grow cawangan Betong akan menganjurkan Majlis Makan Malam D.I Grow bersama Masyarakat bertempat di Dewan SDNU, Saratok, Betong bermula jam 7 malam pada 28 Mac ini.

Jurucakap syarikat D.I Grow cawangan Betong, Malinda Angkom ketika dihubungi berkata majlis makan malam bertujuan untuk mempromosi produk Foliar Fertilizier (cairan baja secara semburan) hasil keluaran syarikat terbabit.

“Menerusi majlis ini nanti pihak kami akan memperkenalkan dua jenis produk Foliar Fertilizier hasil keluaran syarikat D.I Grow yang berpengkalan di Pulau Pinang iaitu Drowth Booster dan Flower and Fruit Enhancer.

“Kedua-dua jenis produk Foliar Fertilizier ini telah dijual dalam bentuk gelen berisipadu empat liter dan botol bersaiz sederhana dengan isipadu satu liter,” katanya sambil menambah bahawa produk terbabit telah pun mula diperkenal di negeri ini semenjak 10 tahun lalu.

Produk Foliar Fertilizier jenis Drowth Booster yang mempunyai label berwarna hijau jelas Malinda sesuai digunakan pada peringkat pertumbuhan tanaman untuk tujuan penyerapan nutrien.

Manakala produk Foliar Fertilizier berlabel merah jenis Flower and Fruit Enhancer pula katanya sesuai digunakan pada peringkat pertumbuhan bunga dan percambahan buah disamping menambah hasil pungutan dan kualiti buah atau bunga tumbuhan terbabit.

“Produk ini mempunyai perbezaan dengan produk baja biasa kerana Foliar Fertilizier disembur secara keseluruhan dari kawasan akar hinggalah ke pucuk utama tanaman seperti lada, padi, sayur-sayuran dan tanaman buah-buahan.

“Teknik semburan cecair baja ini sudah pun diamalkan di negara maju seperti Amerika Syarikat semenjak tahun 1953 dahulu dan sekarang tibalah cara ini digunakan diamalkan di negeri ini khususnya untuk kalangan petani,” katanya.

Justeru orang ramai yang berminat untuk menghadiri majlis makan malam ini dan seterusnya mendengar lebih lanjut tentang kelebihan produk Drowth Booster Foliar Fertilizier kata Malinda boleh menghubungi beliau sendiri di talian 013-8242593.

“Sejumlah 20 buah meja dengan harga tempahan RM200 untuk setiap satu akan disediakan pada Majlis Makan Malam D.I Grow bersama Masyarakat di Dewan SDNU Saratok ini nanti.

“Pelbagai aktiviti akan diadakan pada malam terbabit antaranya ialah tayangan secara langsung mengenai kedua-dua jenis produk ini, persembahan nyanyian lagu Karaoke dan cabutan tiket bertuah,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment