Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 April, 2011

Sempena Pilihan Raya Negeri DUN Sarawak Ke-10 DUN Bukit Begunan dan Lingga : 4 penjuru dan 3 penjuru



Caption:

1.BAKAL BERTANDING...Simoi (dua kanan) bersama calon SNAP, Abang Othman (tiga kanan) dan calon PKR, Arabi (dua kanan) sebaik sahaja selesai pengumuman nama calon di sini hari ini.

2. UMUM...Desmond sedang mengumumkan nama calon. Turut kelihatan ialah Mong (belakang dua kiri), Jimmy (belakang kiri sekali), Lias (belakang dua kanan) dan Anthony (belakang kanan sekali).


SRI AMAN, Rabu (6 April) – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga iaitu Hajah Simoi Haji Peri dan penyandang kerusi DUN Bukit Begunan, Mong anak Dagang bakal menghadapi saingan getir pada Pilihan Raya Negeri DUN Sarawak Ke-10 ini nanti.

Pertama, perebutan kerusi DUN Lingga pada 16 April ini menyaksikan pertarungan tiga penjuru iaitu Simoi, 47, selaku calon Barisan Nasional (BN) menentang calon Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Abang Othman bin Abang Haji Gom, 67, dan Abang Ahmad Arabi bin Abang Bolhasan, 55, calon dari Parti KeAdilan Rakyat (PKR).

Pencalonan Simoi telah dilakukan di Pusat Penamaan Calon N.23 Lingga, Dewan Suarah Sri Aman pada jam 9.21 pagi sambil dicadang oleh Mas Shamsiah binti Maslem dan disokong oleh Kiprawi bin Yat menerusi Hari Penamaan Calon hari ini.

Pencalonan Othman telah dilakukan pada jam 9.40 pagi sambil dicadang oleh Rosli bin Anyut dan sokong oleh Awang Masran bin Haji Awang Razali manakala pencalonan Arabi dilakukan pada jam 9.03 pagi sambil dicadang oleh Aladin bin Sabeli serta disokong oleh Abang Ihsannallah bin Mohammad Amin.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya N.23 Lingga, Bujang Haji Mudin mengumumkan waktu bantahan bermula dari jam 10 hingga 11 pagi sebelum nama ketiga-tiga calon disahkan oleh beliau untuk bertanding pada jam 12 tengahari.

Sementara itu DUN N.26 Bukit Begunan pula menyaksikan pertarungan empat penjuru antara BN, SNAP, PKR dan Bebas pada Pilihan Raya Negeri DUN Sarawak Ke-10 pada 16 April nanti.

Penyandang kerusi DUN Bukti Begunan, Mong Dagang akan berhadapan dengan Ivanhoe Anthony Belon iaitu calon dari SNAP, calon PKR, Jimmy Lim @ Donald dan calon Bebas iaitu Lias Julai.

Pencalonan Mong telah dilakukan di Pusat Penamaan Calon N.26 Bukit Begunan, Pejabat Residen Sri Aman sambil dicadang oleh Milu anak Gue dan disokong oleh Unggin anak Gara.

Pencalonan Jimmy Lim, mantan Ahli Parlimen Sri Aman sebelum itu telah dilakukan pada jam 9.15 pagi sambil dicadang oleh Juntik anak Jampong dan disokong oleh Edwin Mancha Runtang.

Pencalonan Anthony Belon pula dilakukan pada jam 9.03 pagi sambil dicadang oleh James Lungkong Ibang serta disokong oleh Maxwell Mujok Udin manakala pencalonan Lias anak Julai pula dilakukan pada jam 9.25 pagi sambil dicadang oleh Salleh Sungam dan disokong oleh Sidi Bah.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya N.26 Bukit Begunan, Desmond Douglas Jerukan mengumumkan masa bantahan dari jam 10 hingga 11 pagi sebelum mengesahkan pencalonan keempat-empat calon itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment