Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 April, 2011

Hati hati kalau drive lalu kawasan Entulang, Sri Aman

SRI AMAN, Isnin (4 April) – Pengguna kenderaan diharap agar lebih-lebih berhati ketika memandu kenderaan masing-masing di kawasan Entulang, Sri Aman selepas ini.

Ini disebabkan oleh gelagat seorang Warga Emas yang dipercayai sudah nyanyuk dan sering melintas jalan di salah sebuah kawasan Entulang, Sri Aman tanpa memperdulikan keselamatan nyawanya dan pengguna kenderaan yang lain.

Ia terbukti pada lewat hari Jumaat minggu lepas apabila Warga Emas terbabit mula melintas dari seberang jalan menuju ke rumah panjangnya sendiri tanpa meninjau ke kiri dan kanan kawasan jalan raya disebabkan oleh faktor nyanyuk.

Kebetulan pada waktu itu tiga buah kenderaan yang terdiri daripada Perodua Kancil, Proton Wira dan Toyota sedang menghampiri kawasan Entulang ketika dalam perjalanan menuju ke Kuching dari arah Sri Aman.

“Pemandu kenderaan Kancil kemudiannya menyedari Warga Emas terbabit sedang cuba melintas jalan dan segera membunyikan hon agar ia berhenti di garisan tengah laluan namun gagal.

“Dia kemudiannya terpaksa membelok segera kenderaan Kancilnya ke kawasan kanan jalan. Tindakan segera pemandu itu akhirnya menyelamatkan nyawa Warga Emas terbabit yang langsung kelihatan tidak peduli berhubung peristiwa itu,” kata sumber.

Dua buah lagi kenderaan yang lain iaitu Proton Wira dan Toyota Unser juga dilaporkan terpaksa menarik brek kecemasan untuk memberi laluan kepada Warga Emas tersebut melintas jalan.

“Ke mana kah pergi sanak-saudara Warga Emas tersebut? Jika Warga Emas terbabit terus bertindak begini saya tidak rasa bahawa dia akan dapat hidup sehingga menjelang tahun hadapan.

“Saudara maranya harus berterima kasih kerana pemandu Kancil tersebut memandu secara perlahan. Jika tidak Warga Emas terbabit sudah tentunya akan dilanggar kerana sikap sambil lewanya ketika melintas jalan,” kata sumber.

Tamat.

No comments:

Post a Comment