Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 April, 2011

Sempena Pilihan Raya Negeri DUN Sarawak Ke-10 DUN Engkilili : 4 penjuru



Caption:

1. EMPAT PENJURU…(Dari kiri) Rayong, Semijie, Marudi dan Jimmy akan bertanding untuk merebut kerusi DUN Engkilili pada pilihan raya negeri ini.

2. HIDUP BN!!! Rayong bersama penyokongnya ketika berarak ke pusat penamaan calon di Dewan MDLA.


ENGKILILI, Rabu (6 april) – Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.28 Engkilili menyaksikan pertarungan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan pembangkang pada pilihan raya negeri Ke-10 ini.

Calon BN, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa bakal berhadapan dengan Marudi @ Barudi anak Mawong dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Semijie Janting dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan calon Bebas iaitu Jimmy Simon Maja.

Nama keempat-empat mereka telah disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya N.29 Engkilili, Brayan anak Lenya menerusi proses Hari Penamaan Calon yang berlangsung di Pusat Penamaan Calon N.28 Engkilili, Dewan Masyarakat Majlis Daerah Lubok Antu, Engkilili.

Pencalonan Rayong dicadang oleh Sibat Krutak sambil disokong oleh Robert anak Anggai manakala pencalonan Marudi pula dicadang oleh Tarang anak Laji dan sambil disokong oleh Tinggom anak Lutor.

Pencalonan bekas kakitangan SALCRA iaitu Simijie pula dicadang oleh Igoh anak Sanyat dan disokong oleh Go anak Nyanai manakala pencalonan Jimmy dicadang oleh Tunkai Ukut sambil disokong oleh Simon Dembap anak Maja.


Terdahulu kedatangan Rayong ke Pusat Penamaan Calon N.28 Engkilili telah diiringi seramai 2,800 orang penyokong BN dari Bilik Gerakan Parti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di Pekan Engkilili sejak awal pagi ini.


Sementara itu calon PKR, SNAP dan Bebas hanya diringi beberapa orang penyokong setia masing-masing.

Tamat….

No comments:

Post a Comment