Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

26 April, 2011

Blogger perlu bertanggungjawab




Mugshot:

1.NASIR...Setuju

2. USUN...Bertanggungjawab
  
SRI AMAN, Isnin (25 April) – Penduduk bersetuju bahawa golongan blogger internet harus memberikan pelbagai sumbangan yang positif terhadap pembangunan negara dari masa ke semasa.

Pandangan ini diperoleh daripada beberapa orang penduduk menerusi hasil tinjauan rambang Utusan Sarawak berhubung komen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara penulis blog kelmarin.

“Ya saya sokong pendapat beliau (Najib) yang menyatakan bahawa penulis blog harus mengetengahkan pandangan yang membina bagi mewujudkan masa depan lebih baik untuk negara,” kata Nasir Wan Ibrahim, 20.

Jelas beliau, penulis blog tempatan mampu menentukan hala tuju pembangunan negara khasnya Sarawak menerusi pendapat yang mereka paparkan dalam laman blog masing-masing.

Jika penulis blog memaparkan pendapat yang berbau hasutan politik maka ia secara tidak langsung kata Nasir akan mempengaruhi pemikiran golongan muda dalam menentang usaha pembangunan negara selepas ini.

Sementara itu Aini Usun, 18, pula berpendapat bahawa golongan penulis blog perlu memikul sikap bertanggungjawab ketika berkongsi pendapat bersama rakan blog yang lain.


Malahan penulis blog katanya juga harus bersikap profesional iaitu tidak mempamerkan pelbagai isu sensitif demi kepentingan diri masing-masing terutama sekali dari segi politik.

“Adalah tidak profesional bagi seseorang penulis blog itu jika ia mengutarakan hasil penulisan tidak berasas dikalangan rakan blogger yang lain,” katanya sambil menambah bahawa blog boleh menjadi medium penyampai maklumat yang sesuai jika digunakan dengan betul.

Tamat.

No comments:

Post a Comment