Mugshot: MASIR KUJAT
SRI AMAN, Rabu (13 April) – Para guru di kawasan luar bandar dinasihat supaya tidak menyebelahi pihak pembangkang pada Pilihan Raya umum DUN Sarawak Ke-10 ini nanti.
Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat berkata para guru seharusnya mengutamakan soal pendidikan murid di sekolah masing-masing dan bukannya menyebarkan dakyah yang boleh memburukkan nama Barisan Nasional (BN) di kalangan rakyat.
“Sudah tentunya kerajaan amat kecewa jika terdapat golongan guru yang menyebelahi pihak pembangkang dalam menyebarkan dakyah politik dikalangan rakyat dalam kawasan masing-masing.
“Bagaimanapun saya masih belum mendengar sebarang laporan berhubung pembabitan para guru dalam hal terbabit dan berharap agar ia tidak benar-benar terjadi di kawasan Sri Aman selepas ini,” katanya.
Masir berkata demikian semasa berucap pada Program Bersama Warga Pendidikan dan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Daerah Sri Aman yang berlangsung di Hotel Sri Aman malam kelmarin.
Selain itu para guru kata beliau juga sedang mengalas cabaran yang sunggu berat dalam memastikan anak-anak menimba ilmu pengetahuan yang secukupnya ketika menuntut di bangku sekolah.
“Justeru saya berharap agar para guru sentiasa menimba ilmu pengetahuan terkini demi memastikan murid-murid diajar dengan ilmu yang lebih berkualiti pada masa akan datang,” katanya.
Terdahulu Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Dr Haji Mohd Puad bin Zarkashi telah merasmikan program itu sambil disaksikan oleh wakil Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak, Haji Abdul Rahman bin Bolhasan, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Mohd Yusop Lugom, para pengetua, guru besar dan guru di sini.
Tamat.
No comments:
Post a Comment