Caption: FAEDAH...Pihak Jabatan Pendaftaran Negara sedang menguruskan hal pemberian MyKad kepada penerima di Rumah Unchang baru-baru ini.
SRI AMAN, Rabu (20 April) - Kementerian Dalam Negeri (KDN) komited bagi memastikan sistem penyampaian kerajaan dapat dilaksanakan dengan sempurna dari masa ke semasa.
Justeru semua urusan kementerian berkaitan dengan Warganegara Malaysia seperti permohonan MyKad, pendaftaran kelahiran, permohonan passport dan pendaftaran pertubuhan akan diberi keutamaan bagi memastikan kebajikan orang ramai terpelihara.
“Bagi memastikan semua warganegara Malaysia memiliki MyKad, satu majlis penyerahan MyKad telah diadakan di Rumah Wilson, Gran B, Stumbin dalam daerah kecil Lingga baru-baru ini.
“Majlis penyerahan adalah anjuran KDN dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara, Bahagian Sri Aman, Jabatan Imigresen Malaysia, Bahagian Sri Aman dan TASK,” menurut kenyataan berita yang dihantar menerusi surat elektronik baru-baru ini.
Ketua Pejabat, Jabatan Pendaftaran Negara Bahagian Sri Aman, Fauziana binti Tawni katanya telah menyerahkan dokumen pengenalan terbabit terhadap 42 orang penerima kad berkenaan situ menerusi majlis berkenaan.
Fauziana menerusi siaran berita itu memberitahu penyerahan MyKad dan MyKid di Rumah Wilson terbabit adalah dokumen pengenalan diri yang sudah siap diproses pada tahun ini.
“Pada tahun 2010, Jabatan Pendaftaran Negara Bahagian Sri Aman telah pun berjaya menyerahkan sejumlah 5,054 kad MyKad dan 876 kad MyKid kepada pemohonnya.
“Jabatan Pendaftaran Negara juga telah menghantar tiga MyKad di Rumah Inchang, satu di Rumah Putat dan satu Rumah Seduku Ili selepas menyempurnakan majlis itu di Rumah Wilson,” katanya.
Justeru beliau berharap penyerahan MyKad dan MyKid kepada penama kad berkenaan akan memudahkan para pemegangnya untuk menjalankan urusan harian tanpa menghadapi sebarang masalah.
Tamat.
No comments:
Post a Comment