Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 April, 2011

Harden menang, Rayong menang, Mong pun menang


Caption: MENANG...Harden sedang dijulang oleh pengikut SUPP sebaik sahaja selesai pengumuman pilihan raya di MDSA.


SRI AMAN, Sabtu (16 April) - Datuk Francis Harden anak Hollis sekali lagi berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.27 Simanggang yang disandang olehnya semenjak dari tahun 1996.

Harden berjaya mempertahankan kerusi milik Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) itu setelah memperoleh sejumlah 4,758 undi berbanding calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) iaitu Leon Jimat Donald yang memperoleh sejumlah 2,311 undi.

Undi majoriti yang diperoleh menerusi keputusan ini adalah 2,447 dengan sejumlah 67 undi diumum rosak dan peratusan jumlah pemilih berdaftar turun mengundi adalah 68.04 peratus.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya N.27 Simanggang, Nelson Mujah anak Girie telah mengumumkan kemenangan Harden pada jam 8.15 malam bertempat di Majlis Daerah Sri Aman.

Selain itu Mong anak Dagang juga berjaya mempertahankan kerusi DUN Bukit Begunan milik BN setelah berjaya memperoleh sebanyak 3,671 undi berbanding Jimmy Donald dari Parti KeAdilan Rakyat (898), Ivanhoe Anthony Belon dari SNAP (638) dan Lias Julai dari Bebas (188).

BN menerusi keputusan ini berjaya memperoleh sejumlah majoriti 2,773 undi dan 56 undi rosak dengan jumlah peratusan pemilih berdaftar keluar mengundi adalah 70.35 peratus.

Kemenangan Mong selaku calon Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya N.26 Bukit Begunan, Desmond Douglas Jerukan pada jam 9.03 malam di Dewan Suarah Sri Aman.

Sementara itu pilihan raya negeri kali ini boleh dianggap cukup bermakna buat Dr Johnnical Rayong anak Ngipa setelah berjaya mempertahankan kerusi DUN Bukit Begunan yang disandangnya semenjak tahun 2006 lepas.

Rayong berjaya memperoleh 4,928 undi berbanding berbanding Marudi @ Barudi anak Mawong dari Parti Keadilan Rakyat (1,211), Semijie Janting dari Parti Kebangsaan Sarawak (393) dan calon Bebas iaitu Jimmy Simon Maja (414).

BN menerusi keputusan ini berjaya memperoleh sejumlah majoriti 3,807 undi dan 70 undi rosak dengan jumlah peratusan pemilih berdaftar keluar mengundi adalah 73.34 peratus.

Kemenangan Rayong selaku calon SUPP itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya N.28 Engkilili, Brayan anak Lenya pada jam 8.30 malam di Dewan Masyarakat Engkilili.

Tamat.

No comments:

Post a Comment