Caption: Bendera BN dan PRS sedang berkibar di atas batu dalam kawasan puncak Bukit Begunan setelah penduduk Iban melaksanakan adat miring di situ kelmarin.
Jolli Roger
sarawakupdate.com
SRI AMAN: Masyarakat Iban yang mengamalkan politik nyata tidak dapat mengelakkan diri dari bergantung kepada kuasa ‘semangat’ untuk menghadapi pilihan raya negeri DUN ke-10 pada 16 April ini.
Ia terbukti semalam apabila masyarakat Iban telah melaksanakan upacara miring di puncak Bukit Begunan bagi memohon bantuan semangat untuk membolehkan penyandang kerusi DUN Bukit Begunan, Mong ak Dagang menang pada pilihan raya negeri kali ini .
Sumber memberitahu orang Iban akan sentiasa melakukan upacara miring di atas puncak Bukit Begunan untuk mendoakan kemenangan Mong acapkali menjelang pilihan raya negeri.
“Mereka percaya batu yang terdapat di atas puncak Bukit Begunan ini adalah keramat dan upacara miring dilaksanakan demi memohon bantuan semangat (roh) bagi membantu kemenangan Mong di DUN Bukit Begunan,” ujar sumber.
Terdahulu Mong dijangka akan menghadapi perlawanan tiga penjuru bagi mempertahankan kerusi DUN Bukit Begunan milik Barisan Nasional (BN) – Parti Rakyat Sarawak (PRS) ini nanti.
Beliau bakal menghadapi lawan yang merupakan bekas Ahli Parlimen Sri Aman iaitu Jimmy Donald dari Parti KeAdilan Rakyat (PKR) dan Anthony Bilon dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).
Tamat.
Excuse me..it's ANTHONY BELON NOT Anthony Bilon!!!
ReplyDelete