Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 February, 2011

Seminar Integriti Warga Pendidik tingkat kesedaran warga pendidik



Caption: SERIUS...Sebahagian daripada para warga pendidik yang menghadiri seminar berkenaan hari ini.


SRI AMAN, Isnin (21 Feb) – Seramai 232 orang warga pendidik dari sekolah- sekolah sekitar kawasan Sri Aman dan Lubok Antu menghadiri Seminar Integriti Warga Pendidik (SIWP) di Dewan Suarah Sri Aman hari ini.

Program SWIP anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Institusi Integriti ini disertai oleh warga pendidik yang terdiri daripada Penolong Kanan, Guru Kaunseling / Guru Bimbingan, Guru Penyeleras Disiplin Pelajar dan Guru Pendidikan Moral.

Jurucakap penganjur ketika ditemui memberitahu SIWP ini bertujuan untuk mempertingkatkan tahap kesedaran serta kefahaman warga pendidik mengenai Pelan Integriti Nasional (IPN).

Malahan ia juga bertujuan untuk mempertingkatkan komitmen warga pendidik mengenai peranan mereka dalam memperkukuh integriti keluarga dan komuniti disamping memupuk amalan membudayakan integriti dalam pekerjaan serta kehidupan seharian.

“Atas sebab ini SWIP diadakan bagi mengelak berlakunya keruntuhan institusi dan juga penderaan dalam keluarga, kerosakan kemudahan awam, salah guna di jabatan kerajaan dan lain-lain kerosakan sosial.

“Lagipun warga pendidik merupakan ejen perubahan masyarakat yang sangat penting bagi menyampaikan mesej integriti dan seterusnya menjamin kelangsungan hidup lebih harmoni pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu program SWIP yang bermula dari jam 8.30 pagi hari ini itu dimulakan dengan sesi Ceramah 1 bertajuk Ceramah Dan Falsafah Pelan Integriti Nasional oleh Pengarah Sektor Awam, Institut Integrasi Malaysia, Mohammad Diah Haji Wahari.

Ia kemudiannya diteruskan dengan sesi Ceramah 2 bertajuan Integriti Dalam Pendidikan oleh wakil Kementerian Pelajaran Malaysia merangkap Kanselor Pentadbir Pejabat Daerah Lubok Antu, Abdullah Yusof.

Program diakhiri dengan sesi Ceramah 3 bertajuk Ceramah Khas Bicara Tokoh oleh Tokoh Guru Kebangsaan Malaysia 2004 iaitu Haji Ali Suhaili sebelum kesemua peserta menghadiri sesi makan dan bersurai sekitar jam 1 petang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment