Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

28 February, 2011

RELA puas hati terhadap kerjasama penduduk semasa Program Sejia Senada Sri Aman 2011


Caption: SEDIA BERKHIDMAT...Joshua (dua kanan) ketika bersama anggota RELA yang bertugas untuk memastikan kelancaran Program Sejiwa Senada bermula 25 hingga 27 Februari lepas.


SRI AMAN, Ahad (27 Feb) – Pasukan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Daerah Sri Aman melahirkan rasa puashati mereka terhadap kerjasama yang diberikan oleh orang ramai ketika berlangsungnya Program Sejiwa Senada peringkat Bahagian Sri Aman di Padang Lama KPSU Sri Aman semenjak 25 Februari lepas.

Penolong Pegawai RELA Daerah (PPRD) Sri Aman, Mejar Joshua anak Ijau berkata pihaknya tidak menerima sebarang rungutan atau rasa tidak puashati daripada pengunjung berhubung isu keselamatan ketika berlangsungnya program berkenaan.

“Kesemua pengunjung patuh dan mendengar segala arahan keselamatan yang kita berikan kepada mereka ketika memeriahkan suasana sambutan Program Sejiwa Senada di padang ini.

“Justeru diharap agar pihak RELA dengan kerjasama polis dapat mengekalkan situasi keselamatan seperti ini bagi mana-mana penganjuran majlis rasmi dalam Bandar Sri Aman pada masa akan datang,” katanya.

Pihak RELA kata Joshua bertugas telah selama 24 jam semenjak 25 Februari untuk menjaga kawasan tapak penganjuran Program Sejiwa Senada disamping memastikan kelancaran pelbagai aktiviti yang berlangsung pada program itu.

Terdahulu Pegawai RELA Daerah Sri Aman, Leftenan Kolonel Bajuri Haji Adon, ketika ditemui memberitahu seramai 60 orang anggota RELA Daerah Sri Aman dipanggil untuk bertugas ketika berlangsungnya program terbabit dari 25 hingga 27 Februari.

“33 orang anggota bertugas pada hari pertama (25 Februari). 58 orang anggota pula bertugas pada hari kedua sambutan program terbabit manakala 33 orang anggota pula bertugas pada hari ini (27 Feb),” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment