Caption:
1. TERIMA KASIH...Harden dan Masir masing-masing menerima cenderamata daripada pihak penganjur ketika berlangsungnya majlis itu.
2. RASMI...Harden cuba memalu gendang sebagai simbolik perasmian majlis sambil disaksikan oleh Masir (belakang kiri) ketika berlangsungnya program itu.
Pix by Patrick Michael
SRI AMAN, Ahad (13 Feb) – Perayaan Cap Goh Mei di Sri Aman dilihat mampu menarik kedatangan lebih ramai pengunjung dari luar kawasan luar bandar ini pada tahun akan datang demikian menurut Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis.
Katanya Perayaan Cap Goh Mei yang sering dianjurkan oleh Persatuan Soon Heng Simanggang itu dilihat berpontesi untuk dijadikan sebagai produk perlancongan dalam bandar ini selain dari Pesta Benak dan Pesta Ikan Bulu.
“Sambutan yang ditunjukkan oleh penduduk menunjukkan bahawa perayaan ini mampu mempromosi bandar Sri Aman terutamanya terhadap pengunjung yang datang dari luar bandar ini di masa akan datang,” katanya.
Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Malam Kebudayaan Cap Goh Mei 1 Malaysia di Tua Pek Kong, Sri Aman baru-baru ini.
Selain itu tindakan pihak Pejabat Residen Sri Aman yang menjadikan sambutan terbabit sebagai salah satu acara tahunan bagi kalendar aktiviti Sri Aman menunjukkan bahawa kerajaan komited untuk menjadikan bandar ini sebagai pusat perlancongan utama di masa akan datang.
“Ini bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk merealisasikan matlamat Sri Aman untuk muncul sebagai pusat perlancongan terkemuka dan hal makanan halal di negeri ini menjelang tahun 2015.
“Justeru saya meminta semua penduduk dalam bandar ini untuk terus bekerjasama dengan kerajaan bagi memastikan bandar Sri Aman mencapai sasaran terbabit selepas ini,” katanya.
Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Temenggung Tan Chong Meng, Walikota Sri Aman, Piau anak Inggot, Timbalan Residen (Sosial) Bahagian Sri Aman, Felicia Tan, para ketua kaum dan ketua persatuan dalam bandar ini.
Harden pada majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan bernilai RM20,000 kepada jawatankuasa penganjur manakala Masir pula mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 untuk tujuan itu.
Tamat.
No comments:
Post a Comment