Caption: DISEMAH...Bangkai anak buaya kelihatan melalui proses upacara semah atau miring sebelum ditanam hari ini.
SRI AMAN, Selasa (8 Feb) – Buat pertama kalinya penduduk dari kawasan Batu Lintang, Sri Aman mula percaya bahawa kawasan sungai mereka telah menjadi habitat baru bagi koloni sang buaya pada masa sekarang.
Ia terbukti apabila dua orang beradik dari Kampung Sungai Tandok, telah menjumpai bangkai seekor anak buaya tersangkut pada jaring ikan di kawasan sungai berdekatan rumah panjang mereka lewat petang kelmarin.
Seorang penduduk iaitu Adrian ketika dihubungi memberitahu anak buaya sepanjang empat kaki itu telah dipercayai mati pada jaring berkenaan setelah ia dipasang dalam sungai berkenaan pada waktu pagi sebelumnya.
“Bangkai anak buaya itu kemudiannya di bawa pulang oleh kedua-dua orang adik beradik terbabit ke rumah mereka untuk tujuan ‘miring’ (atau upacara semah) memandangkan tidak pernah ada buaya di sungai kawasan Sungai Tandok, Batu Lintang sebelum ini.
“Ini kali pertama. Justeru penemuan bangkai anak buaya terbabit menunjukkan bahawa reptilia berkenaan sudah mula memasuki kawasan sungai Batu Lintang untuk mencari habitat baru selepas ini,” katanya.
Bangkai anak buaya berkenaan kata Adrian kemudiannya telah ditanam oleh kedua-dua orang adik beradik berkenaan pada awal pagi hari ini setelah ia melalui proses miring malam tadi.
Terdahulu buaya dianggap tidak membiak di kawasan Sungai Lemanak, Engkilili sehinggalah seorang lelaki mengalami kecederaan parah di lengan kanan setelah diserang oleh seekor buaya pada 11 Januari lepas.
Tamat.
No comments:
Post a Comment