Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 February, 2011

Migrasi burung layang keunikan Sri Aman




Caption: UNIK...Migrasi burung Layang-Layang pada setiap petang juga dianggap menjadi salah satu keunikkan kawasan Bandar Sri Aman selama ini.


SRI AMAN, Ahad (13 Feb) – Jika orang ramai beranggapan bahawa keunikan Bandar Sri Aman terletak pada fenomena Benak, buaya Sungai Batang Lupar dan kewujudan Kubu Alice maka mereka adalah salah.

Ini kerana aktiviti migrasi burung Layang-Layang di sekitar Bandar Sri Aman pada setiap hari sekitar waktu lewat petang juga mengamit hati mana-mana pengunjung luar yang masuk ke dalam bandar ini.

Menjelang jam 6 petang, pemandangan langit pusat Bandar Sri Aman terutama sekali di Jalan Hospital seolah-olah tampak ‘kelam’ serta riuh apabila ia dipenuhi oleh ribuan ekor burung Layang-Layang yang dipercayai datang dari arah Sungai Batang Lupar.

Kesemua burung Layang-Layang ini akan terbang dan terus hinggap di sepanjang talian kabel elektrik di pusat Bandar Sri Aman sehingga binatang tersebut terbang kembali ke arah Sungai Batang Lupar.

Keadaan ini akan terus berulang-ulang dan tampak biasa bagi penduduk tetap Bandar Sri Aman namun tidak bagi mana-mana pengunjung luar yang singgah atau menginap di bandar ini.

Bagaimanapun di sebalik keunikkan migrasi burung ini, penduduk Bandar Sri Aman terutama sekali pemilik kenderaan terpaksa bertindak menutup bumbung kenderaan masing-masing acapkali haiwan tersebut tiba sekitar jam 6 petang.

“Semua pengunjung luar yang tiba di Bandar Sri Aman harus melindungi kepala masing-masing jika mereka berjalan kaki di sekitar kawasan Jalan Hospital, dalam pusat bandar ini sekitar jam 6 petang.

“Jika tidak kepala mereka akan dihujani najis burung Layang-Layang seperti mana yang berlaku terhadap bumbung kereta kami selama ini,” kata seorang penduduk sambil berseloroh.

Katanya najis burung Layang-Layang boleh mengakis warna cat pada kereta jika najis berkenaan tidak dicuci dengan segera oleh pemiliknya selepas itu.

“Oleh itu jika najis burung ini terkena kepala anda maka harus cuci segera walaupun kita tidak tahu penyakit apa yang boleh disebabkan oleh najis burung berkenaan,” kata penduduk itu.

Tamat

No comments:

Post a Comment