Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 February, 2011

Jayakan konsep 1Malaysia - Wahbi


Caption: MANFAATKAN...Wahbi (kanan) menyampaikan cek peruntukan kepada Razi (kiri) sambil disaksikan oleh beberapa orang tetamu khas yang lain pada majlis itu.


DEBAK, Isnin (7 Feb) – Perlaksanaan konsep 1Malaysia perlu dijayakan oleh semua kaum dalam negeri ini khasnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas demikian menurut wakil rakyat, Dr Haji Wahbi Junaidi.

Walaupun konsep 1Malaysia sudah dahulu diamalkan oleh penduduk Sarawak namun konsep berkenaan kata beliau perlu disemarakkan lagi bagi menyemai elemen perpaduan dikalangan penduduk berbilang kaum dari masa ke semasa.

“Saya yakin perlaksanaan konsep 1Malaysia akan menyumbang kepada perlaksanaan projek pembangunan yang lebih bersepadu dalam sesebuah kawasan khasnya di DUN Saribas.

“Justeru saya menyeru semua penduduk berbilang kaum di Saribas untuk bersama-sama menjayakan perlaksanaan konsep 1Malaysia demi pembangunan berterusan kawasan kita selepas ini,” katanya ketika berucap ringkas pada sesi lawatan kerja ke Masjid Darul Solihin, Kampung Bungey, di Debak, Betong baru-baru ini.

Selain itu Wahbi juga meminta penduduk di kawasan DUN Saribas untuk terus menyokong teguh pihak komponen parti Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri yang akan datang.

Katanya hanya kerajaan yang didokong oleh komponen parti BN sahaja yang mampu merealisasikan kehendak hidup penduduk bagi menyaksikan Malaysia mencapai status negara maju pada masa akan datang.

“Kejayaan kerajaan bagi mencapai matlamat ini bergantung sepenuhnya kepada sokongan padu penduduk terhadap BN dari masa ke semasa,” menurut beliau.

Terdahulu beliau pada majlis itu telah menyampaikan cek peruntukan MRP bernilai sejumlah RM10,000 kepada LAKMD dan masing-masing RM3,000 kepada Tabung Kebajikan dan Kesenian Warisan Kampung Babu serta Kampug Lalang, Debak.

Hadir sama ialah Pengerusi LAKMD, Ricky Mohd Razi Sitam, Penghulu kawasan Debak, Abang Kifrawi Abang Rukaili, Ketua Ranting PBB Kampung Debak Laut, Haji Piee Alwi, para AJK LAKMD dan AJK Parti PBB.


Tamat.

No comments:

Post a Comment