Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 May, 2010

Tolong bersikap 'gentleman' - Snowdan



Musghot: SNOWDAN DONALD LAWAN

SRI AMAN, Sabtu (15 Mei) – Ahli DewanUndangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan anak Donald Lawan mahu pihak tertentu bersikap lebih ‘gentlemen’ selepas ini berhubung kes vandalisme terhadap replika Patung Ikan Tapah di Pantu, pada 2 Mei lepas.

Terdahulu replika Ikan Tapah yang terletak disimpang jalan masuk menuju ke Pekan Pantu telah disembur oleh pihak tertentu dengan perkataan yang menghina pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) sepertimana yang disiarkan dalam laman web sarawakupdate.com pada 2 Mei lepas.

“Saya yakin perbuatan vandalisme terhadap replika Ikan Tapah terbabit didalangi oleh pihak pembangkang yang cemburu melihat kemasukan projek pembangunan oleh kerajaan dalam kawasan DUN Balai Ringin khususnya di Pantu sebelum ini.

“Mereka berniat mahu menghasut penduduk di Pantu untuk membenci kita (BN). Bagaimana penduduk di kawasan Pantu bukannya ‘buta’ untuk membezakan sejauh mana kebenaran dakwaan oleh pihak berkenaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak.

Kawasan Pantu kata Snowdan kini mula berubah wajah dengan adanya projek pembinaan jambatan, pembekalan elektrik dan projek peningkatan sosio-ekonomi oleh kerajaan BN sebelum ini.

Dengan kata lain tindakan menghina kerajaan menurut beliau dengan melakukan perbuatan vandalisme terhadap harta benda penduduk seperti replika Ikan Tapah adalah dianggap tidak berpatutan sama sekali.

“Sayugia diingatkan bahawa musim pilihan raya kini kian dekat. Pihak tertentu sudah tentunya mengambil kesempatan ini untuk mempengaruhi fikiran penduduk untuk menentang kerajaan.

“Saya menasihatkan penduduk di Pantu agar tidak melayan tindakan pihak terbabit kerana dari menghina kerajaan menerusi perbuatan itu mereka sebenarnya boleh turun padang untuk membantu kita bagaimana cara bagi memperingkatkan taraf pembangunan penduduk di kawasan Pantu selepas ini,” katanya.

Snowdan juga menasihatkan golongan terbabit agar menyedari bahawa perbuatan vandalisme berkenaan sebenarnya membangkitkan lagi kebencian penduduk terhadap golongan tersebut dan bukannya menyokong mereka.

Tamat.

No comments:

Post a Comment