Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 May, 2010

SMK Saint Luke lawat jail sri aman


Caption: UNTUK ALBUM...Para pelajara dan guru pengiring SMK Saint Luke sedang bergambar kenangan bersama kakitangan Penjara Pusat Sri Aman ketika berlangsungnya program lawatan terbabit.

SRI AMAN, Selasa (11 Mei) - Seramai 34 orang pelajar dan enam orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Luke telah melibatkan diri dalam program lawatan ke Penjara Pusat Sri Aman anjuran Lembaga Disiplin Sekolah , SMK Saint Luke baru-baru ini.

Lawatan ke Penjara Pusat Sri Aman oleh para pelajar yang juga merupakan peserta Kem Jati Diri Peringkat Sekolah 2010 terbabit bertujuan untuk membolehkan mereka mempelajari tentang hal-ehwal ‘kepenjaraan’ yang ada di kawasan penempatan masing-masing selepas ini.

“Menerusi program ini kesemua para pelajar dapat memperoleh pelbagai informasi yang secara tidak langsung dapat menambah pengetahuan masing-masing mengenai sistem penjara yang diwujudkan oleh kerajaan dalam negara ini.

“Lagipun pelajar adalah merupakan golongan remaja yang mudah terdedah kepada aktiviti jenayah di sekeliling mereka. Dengan kata lain adalah amat wajar sekiranya lawatan ke penjara pusat tersebut membabitkan para pelajar sekolah dalam kawasan Sri Aman ini,” kata jurucakap penganjur ketika ditemui pada program itu.

Selain lawatan para pelajar ke Penjara Pusat Sri Aman katanya secara tidak langsung akan mewujudkan kesedaran terhadap para remaja untuk mengelakkan diri dari terjebak dalam kegiatan jenayah di masa akan datang.

“Justeru diharapkan agar para pelajar yang menyertai lawatan ini dapat memanfaatkan sepenuhnya informasi yang mereka perolehi menerusi lawatan ke Penjara Pusat Sri Aman selepas ini,” katanya.

Terdahulu ketibaan rombongan pelajar dan guru pengiring dari SMK Saint Luke ini telah disambut oleh Timbalan Penguasa Penjara Pusat Sri Aman, TPP Achon anak Tadeng dan para pegawai kanan serta anggota yang lain.

Sebaik sahaja tiba IP Bolhi bin Ling telah menyampaikan ceramah mengenai selok-belok sistem Pusat Pusat Sri Aman sebelum kesemua mereka dibawa untuk menyaksikan demonstrasi hukuman sebat di penjara terbabit.

Disamping itu para pelajar juga diberi peluang untuk berkongsi pengalaman dan pendapat terhadap dua orang penghuni Penjara Pusat Sri Aman ini sebelum sesi lawatan tersebut diakhiri dengan upacara penyerahan cenderahati di antara SMK Saint Luke dan penjara pusat berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment