Caption: UNTUK ALBUM...Roselyn (tengah lima kanan) ketika bergambar kenangan bersama para pemenang dan AJK SIDS Sri Aman sebaik sahaja selesai program itu.
SRI AMAN, Sabtu (15 Mei) – Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) pampang Sri Aman telah mengadakan Program Sambutan Pra Gawai Dayak 2010 bertempat di Mini Stadium Sri Aman hari ini.
Pengerusi SIDS pampang Sri Aman, Roselyn Abunawas ketika ditemui berkata tujuan utama program berkenaan diadakan adalah untuk mempertengahkan beberapa buah permainan asal atau Main Asal milik kaum Iban yang diamalkan semenjak dahulu.
“Lazimnya orang Iban (Dayak) akan melibatkan diri dalam beberapa jenis Main Asal acapkali menjelang sambutan perayaan Gawai Dayak di penempatan rumah panjang dalam negeri ini.
“Justeru SIDS Sri Aman telah mengambil peluang terbabit untuk mengadakan Program Sambutan Pra Gawai Dayak 2010 bagi memperkenalkan Main Asal Kaum Iban kepada penduduk di kawasan bandar,” katanya.
Program Sambutan Pra Gawai Dayak 2010 yang bermula seawal jam 8 pagi hingga 1 petang hari ini menyaksikan sebanyak enam buah acara Main Asal kaum Iban diketengahkan pada program itu.
Enam buah acara Main Asal ini adalah Pertandingan Menyumpit, Pertandingan Tarian Ngajat Iban, Pertandingan Menganyam Ketupat, Pertandingan Menganyam Tikai, Pertandingan Betaboh, Pertandingan Bertaboh dan Pertandingan Penyamai Air Tuak.
Pertandingan Menyumpit Kategori Wanita menyaksikan Lenja Kundang muncul juara sambil diikuti oleh Mary Herney dan Nancy Sulau yang memperoleh kedudukan tempat ke-2 dan ke-3 bagi kategori itu.
Kategori Lelaki pula menyaksikan George muncul juara manakala Slyvester dan Jana Asan pula memperoleh kedudukan tempat ke-2 dan ke-3 bagi kategori itu.
Manakala itu Dorris Unggun muncul juara Pertandingan Ngajat Iban. Menyusul di belakang ialah Wilson Judin Belayong dan Josephine Milan yang memperoleh kedudukan tempat ke-2 dan ke-3 bagi pertandingan itu.
Pertandingan Bertaboh sempena Program Sambutan Pra Gawai Dayak 2010 ini menyaksikan kumpulan Pakit memperoleh hadiah wang tunai bernilai RM80 setelah dinobatkan juara bagi pertandingan itu.
Dua lagi kumpulan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang dan Kumpulan Beragai Ngindang Terebai Ngelayang pula memperoleh kedudukan tempat ke-2 dan ke-3 bagi pertandingan ini.
Jessica Lolly pula muncul juara bagi Pertandingan Menganyam Ketupat manakala tempat ke-2 dan ke-3 pula masing-masing diduduki oleh Inkan Plin dan Enok Martin. Pertandingan Menganyam Tikai dimenangi oleh Nawi Beji manakala Siut Rimau dan Maureen masing-masing memperoleh tempat ke-2 dan ke-3 bagi pertandingan itu.
Sementara itu pula Kunyak anak Chuni muncul juara bagi Pertandingan Penyamai Ai Tuak. Kedudukan tempat ke-2 dan ke-3 pula dimenangi oleh Anchere Alap dan Ringong Gui.
Semua peserta pemenang tempat pertama hingga ketiga bagi pertandingan ini melainkan Pertandingan Bertaboh memperoleh hadiah berupa wang tunai bernilai RM50, RM30 dan RM25. Kumpulan yang memperoleh tempat pertama hingga ketiga pula memperoleh hadiah wang tunai bernilai RM80, RM60 dan RM40.
Tamat.

No comments:
Post a Comment