Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 May, 2010

Jangan bangga dengan populariti diri kerana ciplak lagu orang - Jeraki


Caption: HE HE HE...Jeraki ketika ditemui Utusan Sarawak di Bandar Sri Aman.

- 13 Mei


Artis rakaman sensasi dari syarikat Golden Pearl Recording Studio (GPRS), Jenarino Jeraki mendakwa industri muzik Iban kini kian ‘tercemar’ dengan tindakan sesetengah artis rakaman dan pencipta atau pengubah lagu yang gemar menciplak lagu dari negara sebarang pada masa sekarang.

Lebih memalukan lagi menurut beliau ada di antara artis rakaman lagu Iban terbabit yang berjaya dicalonkan ke Anugerah Juara Lagu Rentak Ruai (AJARR) di Kuching baru-baru hanya kerana populariti lagu ciplak yang dibawa oleh artis terbabit.

“Pendengar lagu Iban yang sering mendengar lagu dari negara sebarang akan mendapati bahawa ada artis rakaman Iban tempatan dalam negeri kita yang popular kerana membawa lagu ciplak.

“Tidak perlu saya sebutkan nama mereka di sini kerana peminat lagu Iban tempatan sememangnya sudah tahu siapa di antara mereka yang popular kerana membawa lagu ciplak dalam album lagu masing-masing selama ini,” katanya.

Sambil melahirkan kebimbangannya berhubung isu ini, Jeraki juga turut kesal dengan tindakan sesetengah pengubah lagu yang gemar mengambil jalan mudah untuk menghasilkan lagu Iban.

Tindakan golongan terbabit menurut beliau secara tidak langsung akan mencemarkan identiti industri lagu Iban tempatan dalam negeri ini jika ia tidak dibendung mulai sekarang.

“Akhirnya orang akan kata bahawa penyanyi kita sering bawa lagu ciplak. Adakah anda berasa bangga menyanjungi lagu ciplak yang popular? Bagi saya peminat yang tahu tentu tidak akan bangga apabila mendengar lagu ciplak seperti itu.

“GPRS akan cuba mengelak daripada menghasilkan lagu ciplak dalam album setiap penyanyi kami. Ini demi membuktikan bahawa pengubah lagu kita juga mempunyai kreativiti sendiri untuk menghasil lagu Iban dan bukannya menciplak lagu dari negara sebarang,” menurut beliau.

Justeru Jeraki mahu peminat lagu Iban tempatan untuk menilai sendiri sikap beberapa orang artis rakaman Iban tempatan dalam negeri ini yang popular hanya kerana membawa lagu yang diciplak dari negara seberang selepas ini.

“Saya menasihatkan pengubah lagu dan artis rakaman kita untuk berhenti membawa lagu ciplak kerana industri lagu Iban sudah mempunyai identiti yang disanjung oleh peminat bukan sahaja dari negeri ini malah di Semenanjung Malaysia.

“Pertahankan identiti ini. Saya rasa artis yang membawa lagu ciplak harus malu dengan diri mereka sendiri kerana peminat lagu Iban mempunyai akses yang luas untuk mendengar lagu dari lain-lain negara khususnya dari Indonesia,” katanya.

Tamat.




No comments:

Post a Comment