Caption:
1.1MALAYSIA...Sulaiman (belakang kiri) ketika bersama kakitangan RTM dan penyanyi jemputan menyanyikan lagu Koir Gawai pada program berkenaan.
2.BERTENAGA...Jonnes Mukan ketika mempersembahkan lagu berjudul Gila Kerepai pada program berkenaan.
SRI AMAN, Sabtu (22 Mei) – Penganjuran Program Rakaman Pentas Gawai Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman 2010 telah dijayakan menerusi penampilan empat orang penyanyi Iban dari Bandar Sri Aman malam tadi.
Program yang berlangsung di Dewan Auditorium RTM Sri Aman ini menyaksikan Anggas, Alicia, John @ Jonnes Mukan dan Bukoi Borneo mempersembahkan lagu masing-masing untuk menjayakan program rakaman berkenaan bermula dari jam 8 malam hingga 9.30 malam.
Anggas yang sebelum ini pernah menjadi artis rakaman Iban popular sekitar tahun 1998 dahulu kembali menemui peminat lamanya dengan mendendangkan lagu berjudul Merampau di hadapan 100 orang penduduk yang hadir bagi menyaksikan program rakaman pentas Gawai berkenaan.
Persembahan beliau ini kemudiannya disusuli dengan penampilan seorang artis rakaman Iban terbaru dari syarikat Andrewson Ngalai Production (ANP) iaitu Alicia yang tampil membawa lagu berjudul Nadai Peluang.
Dua orang penyanyi Iban tempatan yang mula meniti nama di bibir peminat lagu Iban dari bandar Sri Aman iaitu Jonnes Mukan dan Bukoi Borneo pula mempersembahkan lagu ciptaan masing-masing iaitu Gila Kerepai dan Bujang Reraya.
Keempat-empat orang penyanyi ini juga turut mendendangkan lagu berjudul Rindu Maia Gawai, Bujang Runggu Ensing, Dara Tampun Puji dan Sinu Enda Pulai Gawai pada sesi program rakaman terbabit.
Program Rakaman Pentas Gawai RTM Sri Aman 2010 ini juga dimeriahkan dengan penampilan beberapa orang juruhebah dari stesen radio RaSA FM (RTM Sri Aman) iaitu Stonton James Jaga, Stephanie Jeff dan Zurina Kedri.
Stonton James mempersembahkan tarian Ngajat Iban sebagai pembuka tirai program ini manakala Stephanie dan Zurina pula mempersembahkan nyanyian lagu berjudul Bujang Simanggang, Keling Ati dan Beperang Dalam Petang.
Program kemudiannya diakhiri dengan persembahan nyanyian lagu Koir sambutan Hari Gawai Dayak 2010 yang melibatkan Pengurus Stesen RTM Sri Aman, Abang Sulaiman Haji Abang Joh bersama kakitangan RTM dan penyanyi jemputan program terbabit.
Majlis jamuan makan malam dan cabutan tiket bertuah untuk para pengunjung juga diadakan bagi memeriahkan suasana sambutan Program Rakaman Pentas Gawai RTMSri Aman 2010.
Tamat.

No comments:
Post a Comment