Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 May, 2010

SMK Kabong juara Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri Peringkat Zon Sri Aman / Betong

Oleh Rosita Apong, RTM Sri Aman

SRI AMAN, Rabu (12 Mei) – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kabong muncul juara Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri Peringkat Zon Sri Aman / Betong di sini pada hari Isnin lalu.

Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri Peringkat Zon Sri Aman / Betong yang berlangsung di Auditorium, Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman menyaksikan SMK Kabong menewaskan SMK Agama Sri Aman, Saratok pada peringkat akhir pertandingan itu.

Kemenangan ini membolehkan SMK Kabong membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM500, sijil dan piala kejuaraan pada Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri Peringkat Zon Sri Aman / Betong ini.

Manakala itu pasukan naib juara iaitu SMK Agama Sri Aman membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM300, sijil dan piala kedudukan naib juara bagi pertandingan tersebut.

SMK Kabong akan mewakili Zon Sri Aman / Betong ke Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri Peringkat Negeri 2010 di Kuching ini nanti.

Sementara itu Nur Faziana binti Chek Usop dari pasukan juara iaitu SMK Kabong telah dinobatkan sebagai pendebat terbaik bagi Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri Peringkat Zon Sri Aman / Betong.

Hadiah kepada pasukan pemenang untuk Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri Peringkat Zon Sri Aman / Betong ini telah disampaikan oleh Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji sambil disaksikan oleh Pengurus Stesen RTM Sri Aman, Abang Sulaiman Abang Joh.

Sejumlah enam buah pasukan mengambil bahagian dalam Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri Peringkat Zon Sri Aman / Betong ini iaitu SMK Melugu, SMK Simanggang, SMK Saint Luke, SMK Kabong, SMK Agama Sri Aman Saratok dan SMK Kalaka.

Tamat.

No comments:

Post a Comment