Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 April, 2010

Wakil rakyat perlu tinjau masalah rakyat menerusi blog atau internet




Mugshot:

1. STONTON...Blog sebagai platform wakil rakyat
2. ELISON...Penulis blog perlu profesional

SRI AMAN, Jumaat (16 April) - Laman web atau blog boleh memberi sumbangan yang amat besar terhadap proses pembangunan negeri sekiranya digunakan dengan baik oleh semua pihak untuk sepanjang masa.

Jika disalahgunakan untuk tujuan jahat seperti mencaci kerajaan dan menyebar dakyah tidak berasas maka adalah tidak salah bagi Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dalam melabelkan golongan tertentu itu sebagai Antu Net sebelum ini.

Bagaimanapun tindakan Jabu dalam melabelkan golongan Antu Net sebenarnya mencetus idea baru dikalangan pengguna internet yang mahu para wakil rakyat untuk menyelami masalah rakyat dengan melayari blog atau laman web tempatan di internet dari masa ke semasa.

Seorang pengguna internet, Stonton James Jaga, 25, ketika ditemui berkata blog atau laman web tempatan di internet adalah merupakan platform terbaik untuk semua wakil rakyat mencari permasalahan rakyat sebelum isu itu dibawa olehnya bagi tujuan perbentangan di parlimen atau dewan undangan negeri selepas ini.

"Laman web internet dan blog semakin berkuasa pada masa sekarang dikalangan penduduk. Laman web sarawakupdate.com misalannya mempunyai hampir 5,000 pengikut yang mahu melihat masalah rakyat dalam negeri tanpa sebarang tapisan selain akhbar.

"Terdapat banyak juga lain-lain blog yang memaparkan sebarang isu yang berkaitan dengan masalah rakyat di kawasan masing-masing. Justeru tidak salah wakil rakyat kita untuk membawa isu ini ke parlimen atau dewan undangan negeri bagi tujuan debat selagi maklumat itu sah dan bukan palsu," katanya.

Sementara itu Elison Lingoh, 49, pula berpendapat bahawa masalah pembangunan hidup rakyat di negeri ini akan dapat dikurangkan di masa akan datang sekiranya wakil rakyat lebih rajin meninjau masalah yang diutarakan oleh mereka menerusi laman web atau blog selepas ini.

Kemajuan pesat negara terutama yang seiring dengan perkembangan kemudahan Teknologi Komunikasi Dan Internet (ICT) pada masa sekarang harus dinilai oleh semua wakil rakyat berhubung masalah kemajuan hidup rakyat di kawasan masing-masing.

"Dunia sekarang sudah maju. Wakil rakyat harus tahu bahawa rakyat kini sudah tahu memanfaatkan kemudahan ICT seperti blog dan laman web untuk meluahkan masalah hidup masing-masing.

"Justeru saya amat bersetuju sekiranya wakil rakyat kita meninjau blog dan laman web tempatan yang sering meluahkan masalah rakyat di kawasan pentadbiran masing-masing selepas ini," katanya.

Beliau juga meminta pemilik blog atau laman internet untuk lebih bersikap profesional sekiranya memaparkan mana-mana isu pembangunan yang berlaku kawasan masing-masing demi kebaikan semua pihak selepas ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment